Tuesday, August 4, 2015

'Saya tidak masuk wang derma ke akaun sendiri' - Tun Mahathir


Secara umumnya apa yang perlu kita tahu ialah walaupon Tun Mahathir telah lama bersara dari jawatan Perdana Menteri Malaysia, namun beliau masih memiliki 'acess' terhadap maklumat apa yang sedang berlaku dalam Kerajaan.

Kenyataannya mengenai 'derma' ini telah dilaporkan oleh kebanyakkan media pada pagi semalam sebelum pihak SPRM mengeluarkan satu kenyataan yang menjadi bahan tawa majoriti rakyat Malaysia pada sebelah petangnya.

Kenyataan media SPRM itu mengesahkan memang benar RM2.6 Billion telah dimasukkan ke dalam akaun Najib yang sebelum ini  dinafikan oleh Najib dan macai-macainya..

Menurut SPRM wang yang berjumlah RM2.6 Billion yang dimasukkan ke dalam akaun Najib itu adalah 'derma' bukannya dari 1MDB.

Selain menjadi bahan tawa pelbagai persoalan lain pula timbul rentetan dari kenyataan media SPRM yang kelihatan cuba untuk menelamatkan Najib sambil memperbodohkan rakyat itu.

Paling banyak persoalan telah ditimbulkan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berikut adalah soalan-soalannya..

1. Mengapakah akaun itu ditutup jikalau ia dianggap bukan satu kesalahan? 
2. Siapa penderma yang sebegitu murah hati? 
3. Apakah ini derma dan bukan rasuah untuk habuan tertentu? Apakah siasatan SPRM telah melihat perkara ini? 
4. Apakah syarat-syarat derma RM2.6 bilion? Sudah dibayangkan derma sebesar ini dilakukan tanpa syarat ke akaun Perdana Menteri. 
5. Apakah ini sekadar permainan perakaunan? 
6. Jika betul ia bukan duit 1MDB, mengapa sehingga kini saman kepada Wall Street Journal masih tertangguh? 
7. Ketika wang derma dimasukkan ke akaun Najib, apakah Ambank memaklumkan perkara ini kepada Bank Negara? 
8. Mengapa Lembaga Hasil Dalam Negeri berdiam diri apabila ada akaun perseorangan yang memiliki dana sebanyak RM2.6 bilion? 
9. Mengapa Najib mengambil masa sebegitu lama untuk menjawab persoalan ini, lebih-lebih lagi setelah pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Gani Patail serta penahanan beberapa pegawai Bank Negara dan SPRM berkaitan dengan kebocoran maklumat siasatan? 
10. Apakah peranan Pengarah Urusan SRC International Nik Faisal Ariff Kamil? Apakah polis mengetahui di mana beliau berada?

Berikut adalah laporan mengenai 'derma' yang disebut oleh Mahathir..

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan beliau tidak pernah memasukkan sebarang wang derma untuk pilihan raya ke dalam akaunnya.

Bekas Perdana Menteri itu juga sedia maklum semua akaun peribadinya selama 22 tahun memerintah negara diperiksa oleh individu yang tidak berkepentingan bagi mengesahkan atau menafikan pengakuannya.

"Pada pilihanraya 1964 dan 1969, wang tunai berjumlah RM20,000 dari ibu pejabat diserah kepada saya untuk diagih kepada kawasan parlimen 40 peratus dan kawasan DUN 30 peratus tiap satu.

"Kerana saya tidak sanggup simpan wang tunai sebanyak RM20,000 ini, saya masukkannya dalam akaun saya, dan saya keluarkan cek kepada jawatankuasa pilihanraya Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri mengikut agihan yang ditentukan oleh Ibu Pejabat.

"Wang ini bukan dari penderma tetapi ini adalah wang UMNO yang memang pun diberi kepada bahagian untuk kegunaan calon," katanya dalam catatan terbaharu di laman blognya.

Jelasnya, Jabatan Hasil Dalam Negeri telah geledah rumah dan kliniknya semasa disingkir dari parti pada tahun 1970.

"Mereka jumpa stub cek yang telah dikeluarkan oleh saya dan mereka mendakwa bahawa saya tidak lapor pendapatan saya sepenuhnya.

"Mereka mendenda saya sebanyak RM300,000 dengan amaran jika saya bantah dan pergi ke mahkamah saya akan dikenakan denda tiga kali ganda.

"Saya tidak pergi ke mahkamah. Sebaliknya saya merayu bahawa duit yang dimasukkan dalam akaun saya ialah dari parti. Tetapi Ibu Pejabat UMNO tidak mengaku wang itu dari UMNO," jelasnya.

Katanya lagi, dia akhirnya dikenakan denda sebanyak RM130,000 pada saat sudah dilantik menjadi Menteri dalam kerajaan.

"Saya membayar secara beransur-ansur dan selesai bayaran semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri," ujarnya ~ AstroAwani

Menarik sekali.. pagi Mahathir sentuh pasal 'derma' petang SPRM keluar kenyataan pasal 'derma'.. siapa control 'game' ini sebenarnya?


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails