Tuesday, August 11, 2015

Ringgit cecah 3.96 berbanding dolar AS, lepasi paras krisis Asia 97


Kemerosotan ringgit itu menyaksikan ia melepasi paras 3.93 sedolar untuk kali pertama sejak krisis kewangan Asia 17 tahun lalu.

Ringgit ditutup 0.7% lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, mencecah paras 3.96 per dolar, bagi pertama kali sejak krisis kewangan Asia pada 17 tahun lepas.

Pada 5 petang, mata wang tempatan itu disebut pada 3.9600/9630 berbanding dolar AS daripada 3.9270/9300 semalam. 
"Selain daripada tekanan kejatuhan harga minyak mentah dan jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutan AS, ringgit juga menghadapi cabaran kejatuhan harga bon kerajaan dan penurunan nilai mata wang China, yuan, hari ini," katanya. 
Ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama kecuali berbanding dolar Singapura. 
Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.8302/8333 daripada 2.8305/8349 pada Isnin. 
Ringgit susut berbanding yen kepada 3.1723/1752 daripada 3.1492/1523 semalam. 
Ia rendah berbanding pound sterling kepada 6.1701/1759 daripada 6.0755/0809 semalam dan susut berbanding euro pada 4.3651/3700 daripada 4.3056/3100 sebelum ini. – Bernama

Bloomberg sebelum ini mendedahkan beberapa punca kejatuhan ringgit, antaranya faktor dalaman dan krisis politik yang menyelubungi pentadbiran Umno Barisan Nasional.

Kontroversi hangat melibatkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menjadi skandal terbesar dalam sejarah Malaysia juga dikatakan memainkan peranan terhadap kejatuhan matawang itu.

Ia ditambah lagi dengan dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima RM2.6 bilion menerusi akaun peribadinya.

Selain itu, kejatuhan ringgit dikatakan turut disumbangkan oleh kejatuhan harga minyak dunia sehingga 48 peratus berbanding harga puncak tahun lepas.

Hmmm.. masa Mahathir dulu ada juga usaha dia untuk menghalang dan mengekang nilai ringgit dari terus merudum.. tapi Najib ni dia buat bodoh saja..


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails