Monday, August 3, 2015

Polis Tak Akan Buat Kerja Gila Macam Tu Kecuali Ada Orang Paksa - SPRM


Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zin menegaskan kebocoran dokumen siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd, sebuah entiti milik 1MDB, tidak melibatkan pihaknya.

Beliau berkata, dokumen yang dibocorkan itu diterbitkan semula pihak tertentu.

"Saya yakin dengan sepenuh hati bahawa bukan daripada pihak kami dan ia diterbitkan (reproduce) semula.

"Saya kesal perkara ini berlaku kerana kami menyiasat dengan sepenuh hati siang dan malam bagi mencari kebenaran," jelasnya kepada media selepas memberi keterangan mengenai kes berkenaan kepada pihak polis disini hari ini.

Kes tersebut disiasat dibawah Akta 124B Kanun Keseksaan.

Bahri pada masa sama menyatakan kemusykilannya berhubung penahanan pegawai kanannya pada Sabtu lalu.

"Tiba-tiba Timbalan Pendawa Raya kami diambil pada jam 1 pagi. Saya amat hairan kenapa boleh berlaku perkara sedemikian. Saya rasa polis tidak akan membuat 'kerja gila' macam itu kecuali ada orang yang memaksa pihak polis," katanya kepada media selepas memberi keterangan berhubung kes kebocoran maklumat 1MDB di pejabatnya di sini, hari ini,

Pada masa sama, Bahri turut menafikan bahawa beliau akan dicutikan daripada tugasnya.

Terdahulu sepasukan polis daripada Bukit Aman tiba di Pejabat SPRM kira-kira jam 2.45 petang tadi bagi mengambil keterangan Bahri berhubung kes itu.

Keterangan mula diambil jam 3:30 petang dan berakhir selepas dua jam.

Turut diambil keterangan ialah Pengarah Bahagian Forensik SPRM, Datuk IG Chandran di Akademi SPRM di Jalan Tuanku Abdul Halim.

Sabtu lalu, polis menyerbu Pejabat Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Sazilee Abdul Khairi bagi mencari dokumen yang berkaitan dengan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahmad Sazilee yang dipinjamkan dari Jabatan Peguam Negara merupakan antara tiga individu yang ditahan pada awal pagi Sabtu lalu bagi membantu siasatan berhubung beberapa laporan polis yang dibuat terhadap Pengarang Blog Politik Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka dibebaskan pada tengah malam hari sama lapor AstroAwani 


Sementara itu Malaysiakini pula melaporkan...

Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bahri Mohamad Zin membayangkan kemungkinan wujud 'tangan tersembunyi' di sebalik tindakan polis sekarang.

Bahri berkata demikian kepada pemberita selepas disoal siasat oleh pasukan polis dari Bukit Aman di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Beliau menegaskan bagaimana SPRM telah menyiasat isu SRC International "siang dan malam" dan tiba-tiba ada tangkapan.

"DPP kami (Ahmad Sazalee Abdul Khairi) diambil pada jam 1 pagi (Sabtu)," katanya sambil menambah bahawa langkah itu amat mengherankannya.

"Saya rasa pihak polis tak buat kerja gila macam ni kecuali ada pihak yang mengarahkan sedemikian," katanya.

Selain Ahmad Sazalee, polis turut menahan bekas penasihat SPRM, Tan Sri Rasphal Singh dan seorang pegawai Pejabat Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur. Menurut polis, Rashpal dan Jessica telah ditahan berkaitan dengan laporan yang dibuat terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Ketiga-tiga telah pun dibebaskan. Pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menghabiskan masa selama tiga jam bercakap dengan Bahri hari ini.

Bahri beredar dengan tergesa-gesa dan hanya bercakap sekejab kepada wartawan yang hadir. Bahri juga menafikan yang beliau telah ditukar tugas atau bercuti berhubung dengan siasatan pasukan petugas khas itu.



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails