Monday, August 3, 2015

PKR Dedah Sumber Dana Pilihanraya.. UMNO Bila Nak Dedah?


Bernama semalam melaporkan, rakyat akan mendapat maklumat lebih jelas apabila cadangan mewujudkan semula peraturan menghendaki parti politik mendedahkan senarai punca dana politik diterima, dilaksanakan.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata tindakan itu juga proses reformasi yang perlu diambil setiap parti bagi menepis dakwaan negatif selain mengembalikan keyakinan rakyat.

Menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan itu berkata kini terpulang kepada pembangkang sama ada mereka sanggup menyahut cadangan itu ataupun tidak.

"Kalau menolak, jangan tekan Umno untuk dedahkan itu ini. Perbetulkan dahulu parti sendiri,” beliau dipetik sebagai berkata di Kuala Lumpur semalam.

Cadangan itu dilapor pernah dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) namun ditolak DAP.

Ianya mendapat reaksi yang agak segera dari Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali..

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, pembangkang sudah bersedia sejak awal dan tiada masalah untuk berbuat demikian kerana ia seiring dengan dasar parti. 
“Malahan setiap sumbangan yang diterima itu perlu didedah secara terbuka dan dilaporkan secara telus,” katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PKR Cabang Larut.. 
Menurutnya, pendedahan setiap dana yang diperoleh parti politik bukan sahaja melibatkan pembangkang malah BN seharusnya melakukan perkara sama bagi memastikan ada ketelusan dalam pembiayaan tersebut. 
“Hal ini dapat kita lihat ia telah menjadi amalan di negara Jerman apabila setiap parti politik itu perlu dibiayai dengan akta dan peruntukkan yang jelas. 
“Pendedahan tersebut perlu dilakukan secara terbuka dan telus,” katanya lapor Sinar Harian

Hari ini sumber dana PKR dalam menghadapi pilihanraya didedahkan oleh Rafizi..

PKR menjelaskan sumber dananya untuk membiayai operasi parti itu walaupun mengesyaki isu itu ditimbulkan bagi menutup isu berkaitan 1MDB dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata operasi harian, termasuk bayaran gaji dan sewaaan pejabat PKR, ditampung oleh potongan gaji 29 anggota parlimen dan 40 anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka. 
Katanya, wakil rakyat di Selangor dan Pulau Pinang menyumbang 20 peratus daripada gaji bulanan manakala di negeri lain sebanyak 10 peratus. 
“Bagi perbelanjaan lain, PKR mengadakan majlis mengutip derma dari semasa ke semasa terutamanya menjelang pilihan raya. 
“Kutipan dana dari majlis mengutip derma ini bergantung kepada kehadiran – ada yang berjaya mengutip dari RM50,000 sehingga RM500,000 bergantung berapa banyak tiket dijual,” jelasnya lapor Malaysiakini


UMNO bila nak dedahkan?.. tapi berani ke pihak UMNO nak dedahkan tu?.. rasanya sampai kesudah tak akan didedahkan sumber mereka..

Esok lusa adalah Menteri nanti keluar kenyataan "UMNO dan Barisan Nasional memang berhasrat untuk mendedahkan pihak-pihak yang menyumbangkan dana pilihanraya buat kami.. tapi atas faktor keselamatan negara perkara ini terpaksa dielakkan..

Kah.. Kah.. Kah..


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails