Tuesday, August 4, 2015

Malaysia tak boleh ekstradisi saya - Editor Sarawak Report


Mula-mula kita baca dulu apa yang Ketua Pemuda UMNO, Khairy persoalkan bila Raja Petra yang diburu hilang dari Malaysia kemudiannya muncul di London..

"Raja Petra secara terbuka berucap di majlis Pakatan di London semalam yang dihadiri oleh kira-kira 200 orang."

"Mengapa mereka tidak boleh menangkapnya? Mengapa tidak ada tindakan dari polis?" soal Khairy, yang juga ketua Pemuda Umno.

Khairy berkata, beliau bingung dengan keadaan itu kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah meminta polis supaya menangkap Raja Petra.

Khairy juga bertanya-tanya mengapa ketua polis negara masih satu langkah di belakang dalam menyiasat tempat persembunyian Raja Petra dan siapa yang membantu menyembunyikannya, sedangkan penulis blog itu bebas bergerak di khalayak ramai.

Tambahnya, jika mereka tidak dapat menahan Raja Petra di London kerana kurangnya bidang kuasa, polis harus manfaatkan hubungan baik antara polis Malaysia dan Scotland Yard, ibupejabat polis metropolitan London, untuk membawanya kembali..

Itu persoalan yang berbangkit dan dibangkitkan oleh Ketua Pemuda UMNO.. mengapa Polis tidak boleh menangkap rakyat Malaysia yang lari ke London dan bawanya balik ke Malaysia..?

Hari ini dilaporkan pula pihak Polis telah mendapat waran tangkap untuk menangkap Warga British kelahiran Malaysia..

Dalam satu kenyataan ringkas, Pengarah CID, Datuk Mohmad Salleh berkata,Polis Malaysia telah memperolehi waran tangkap terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Polis akan meneruskan permohonan untuk menyenaraikan Clare dalam senarai dikehendaki ASEANAPOL serta notis merah Interpol.

Waran itu berkaitan dengan kesalahan-kesalahan yang didakwa dilakukan di bawah Seksyen 124B dan 124I Kanun Keseksaan.

Clare dikehendaki untuk siasatan atas dakwaan menjalankan kegiatan yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Dia juga dikehendaki untuk siasatan atas dakwaan menerbitkan laporan palsu yang boleh memudaratkan ketenteraman awam.

Bagaimanapun Clare mendakwa bahawa polis Malaysia tidak mempunyai cara untuk mengekstradisinya walaupun mendapatkan waran tangkap terhadapnya di Kuala Lumpur.

Katanya, ia kerana 'jenayah' yang polis Malaysia tuduh dilakukannya, tidak wujud di UK dan negara-negara lain.

"'Jenayah' bagi waran tangkap yang diperolehi itu, tidak wujud di kebanyakan negara di luar Malaysia, jadi saya tidak boleh diekstradisi di bawahnya," katanya kepada Malaysiakini


Maaflah ya.. nak tanya sikit ni..

Raja Petra yang dah lari ke London tu dah diekstradisi atau belum?.. KPN kata dulu Interpol dah keluarkan 'red notice' untuk buru dia.. tapi akhirnya kena gelak dengan Raja Petra saja..


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails