Monday, August 24, 2015

'Melayu Terbangsat' Menjadi Bukti Di Pulau Pinang?.. Jangan Fitnahlah Bro..

Isu ni mengenai Kampung Mutiara di Batu Feringgi, Pulau Pinang ini dah mula disebar dalam beberapa Group WhatsApp sejak dari hari Sabtu yang lalu..

Ianya mengajak masyarakat untuk menghadikan diri di depan jalan besar Kampung Mutiara untuk mengadakan bantahan tentang cubaan merobohkan rumah-rumah yang ada di situ yang dikatakan tidak dibayar pampasan.

Hari ini ianya disiarkan oleh kebanyakkan Blog UMNO khususnya dari UMB di Pulau Pinang ini..

Tujuannya jelas untuk membuktikan kepada umum apa yang Najib kata iaitu 'Melayu Terbangsat jika UMNO hilang kuasa' itu adalah benar..

Kita baca dulu laporan dari sebuah Blog UMNO ni..

'MELAYU TERBANGSAT' MENJADI BUKTI DI PULAU PINANG, APABILA MELAYU DIHALAU BAGAI ANJING KURAP DARI KAMPUNG SENDIRI!!! 
Bukan main lagi sensitif apabila Perdana Menteri menyatakan, tanpa UMNO, Melayu akan menjadi BANGSAT. Ramai yang menyatakan ketidakpuasan hati berhubung penggunaan perkataan tersebut. Mereka lebih senang menerima perkataan BODOH, RASUAH, PENYELEWENG, RASIS dan sebagainya berbanding BANGSAT. 
Malah mereka tidak akan memberikan sebarang reaksi apabila Melayu dikaitkan dengan lembu atau babi. Tetapi sangat meloncat dan bimbang sekiranya perkataan BANGSAT akan menjadi perkataan trending yang akan menjadi sangat popular. 
Hakikatnya, BANGSAT adalah bermaksud 'tiada tempat tinggal' atau 'berkelana' atau 'bertebaran mengembara' dan dalam pengertian masakini, dihalau keluar dari tempat tinggal dan mencari-cari tempat tinggal baru tanpa ketentuan. 
Ia samalah seperti era 1930-an apabila ramai masyarakat India dan Cina bangsat ke Tanah Melayu dan sekarang menjadi keturunan yang merupakan sebahagian daripada struktur negara ini. 
MELAYU TERBANGSAT tanpa UMNO yang berkuasa terbukti di Batu Feringgi, Pulau Pinang hari ini. 
Pemusnahan 66 buah rumah, malah difahamkan melibatkan lebih 1000 keluarga adalah bukti sebenar kepada kenyataan Melayu Terbangsat. Kesemua mereka yang dibangsatkan terdiri daripada orang Melayu. Mereka dipaksa menjadi bangsat apabila rumah dan kediaman mereka dirobohkan tanpa sebarang pampasan, tanpa sebarang bantuan dan tanpa sebarang rumah ganti. 
Adalah difahamkan perkampungan tersebut dihuni oleh keturunan pahlawan dan kerana itulah, mereka akan mempertahankan kewujudan kampung mereka sehingga ke titisan darah yang terakhir. Mereka adalah keturunan daripada perajurit-perajurit yang berkhidmat untuk Sultan Kedah sebelum kedatangan Francis Light di Pulau Pinang. Sultan Kedah pada waktu itu telah membenarkan mereka tinggal di pulau tersebut yang merupakan sebahagian daripada negeri Kedah. 
Perkampungan tersebut merupakan perkampungan Melayu terakhri di Batu Feringgi, yang menjadi idaman DAP semenjak mereka berjaya merampas Pulau Pinang daripada Barisan Nasional pada tahun 2008. 
Bagi yang tidak faham istilah dan pengertian BANGSAT selain daripada maksud pertama yang popular dan seringkali digunakan, apa yang berlaku di Pulau Pinang hari ini adalah maksud sebenar perkataan BANGSAT yang kerapkali digunakan oleh masyarakat Melayu di sebelah utara Semenanjung ` The FlyingKick

Nak menangis aku baca.. sedih tak terkira bila membayangkan nasib Melayu bila UMNO dah hilang kuasa.. senang-senang saja kena halau..

Tapi.. betoi ka apa yang dia tulis tu??

Baca ni..

Isu Kampung Mutiara dekat Batu Feringghi, Pulau Pinang pun sebenarnya membabitkan tiga pihak.

Pertama, tuan tanah persendirian. Kedua, pemaju. Dan ketiga, penduduk asal di situ.
Tuan tanah persendirian itu menang kes di peringkat Mahkamah Rayuan Putrajaya, sekaligus mengakibatkan pengusiran penduduk asal dari kampung tersebut.  
Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Hariszuan Jaharudin dalam reaksi spontan memberitahu bahawa Kerajaan Negeri secara pentadbiran telahpun menyediakan khidmat guaman untuk penduduk-penduduk asal berwajib demi menghadapi tuntutan tuan tanah persendirian tersebut hingga ke peringkat akhir mahkamah.  
"Penduduk asal di situ sebahagian menerima khidmat guaman daripada pemimpin Umno, dan sebahagian lagi menerima khidmat guaman daripada Kerajaan Negeri sendiri, selepas pertemuan dengan Jagdeep Singh Deo (Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan) serta Timbalan Ketua Menteriu I (Datuk Mohd. Rashid Hasnon sebelum ini.  
"Dari segi undang-undang, Tuan Tanah Persendirian memang mempunyai hak ke atas tanah tersebut, tetapi, Kerajaan Negeri melalui PBT (MPPP) secara pentadbiran biasanya tidak akan meluluskan permohonan pelan perancangan pembangunan di atas tanah tersebut sehinggalah tuntutan penduduk asal di situ turut diambil kira," ujar Hariszuan, yang juga Ketua Pemuda DAP Bukit Bendera semasa dihubungi pagi tadi.  
Penjelasan tersebut sekaligus mendedahkan perkara sebenar di sebalik percubaan pembangkang Umno Barisan Nasional negeri menggambarkan bahawa pentadbiran Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng kononnya mengusir komuniti Melayu daripada kampung setinggan berkenaan ~ FAQAR 

Kalau benarlah mereka nak perjuangkan nasib bangsa Melayu di Pulau Pinang ni.. aku cadangkan perjuangkanlah nasib 5,000 penduduk dari 11 buah Kampung kalau tak silap aku.. yang tak tahu bagaimana masa depan mereka berikutan terjualnya tanah pengkalan TUDM kepada pemaju untuk dibangunkan..

Perjuangkanlah nasib mereka.. kenapa didiamkan?.. Aku sokong sangat kalau isu mengenai Kampung-kampung disekitar Pengkalan TUDM itu dibawa oleh Blogger UMNO..

 Tapi malangnya bila perkara yang akan mencetuskan backfire kepada mereka.. mereka buat tak nampak saja..


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails