Monday, August 24, 2015

Melayu Atau Pemimpin UMNO Akan 'Terbangsat' Jika UMNO Hilang Kuasa?


Inilah cara pemimpin UMNO, bila dah sedar diri dah tak dihormati dan tak disenangi kebanyakkan rakyat, mulalah dia mainkan isu Bangsa..

Dah lapuk sangat rasanya strategi yang diguna pakai oleh UMNO ini iaitu '3R'..

Race, Royal, Religion.. bila dah tersepit dengan pelbagai isu tiga perkara itu pasti akan dibangkitkan mereka satu persatu..

Dalam hal ini.. Isu bangsa telah digunakan oleh Najib yang hingga kini belum menjawab soalan Muhyiddin mengenai baki dari RM2.6 Billion itu dan masih belum mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ yang dituduh memfitnah dirinya..

Isu bangsa akan digunakan oleh mereka untuk menakut-nakutkan penyokongnya supaya dirinya boleh kekal berkuasa bila bangsa yang ketakutan itu menyorok belakang dia sekaligus menyokongnya.

Hari ini di Kangar untuk menakut-nakutkan sambil memperbodohkan ahli-ahli UMNO yang mendengar ucapannya, Najib berkata..

"Saya pilih perkataan orang Melayu akan terbangsat kalau UMNO hilang kuasa. Terbangsat...tidak ada perkataan yang boleh menggambarkan untung nasib yang cukup tertekan, hilang segala-galanya, hilang kuasa, hilang maruah dan hilang masa depan,"

Hakikatnya siapa yang sebenarnya akan terbangsat kalau UMNO hilang kuasa?.. Najib, Pemimpin UMNO, atau Bangsa Melayu?

Yang akan 'terbangsat' ialah Najib dan pemimpin-pemimpin UMNO yang membina harta melalui kuasa yang ada ditangan mereka, bukannya Bangsa Melayu..

Melayu masih ada Raja-raja yang dijamin perlembagaan negara.. Melayu tidak akan di bangsatkan seperti mana yang Najib kata sebab majoriti pengundi adalah Melayu..

Akan bangsatkah Melayu jika UMNO hilang kuasa sedangkan Bangsa Melayu sedah wujud sebelum UMNO wujud, adakah Melayu sebelum UMNO muncul itu bangsat?

Bangsatkah Melayu di Pulau Pinang?.. Bangsatkah Melayu di Selangor.. Bangsatkah Melayu di Kelantan?.. UMNO dah hilang kuasa disitu.. Bangsat ke depa tu Najib?


Laporan berkaitan..

KANGAR: Orang Melayu akan bangsat jika UMNO hilang kuasa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden UMNO itu berkata oleh yang demikian, anggota UMNO wajib mempertahankan parti yang menerajui kepimpinan negara itu.

"Saya pernah kata bahawa seandainya UMNO hilang kuasa, apa akan terjadi kepada bangsa Melayu dan umat Islam?

"Dalam banyak-banyak perkataan dalam Kamus Dewan Bahasa, ada orang kata, orang Melayu akan tersungkur, orang Melayu akan terkecundang dan ada yang kata orang Melayu akan tertiarap," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian berkelompok persidangan perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau di Dewan Wawasan 2020 di sini, hari ini.

Menjelas lanjut mengenai perkara itu, Najib berkata beliau memilih perkataan bangsat kerana tidak ada perkataan lain yang boleh menggambarkan keadaan orang Melayu, yang akan cukup tertekan jika UMNO hilang kuasa.

"Saya pilih perkataan orang Melayu akan terbangsat kalau UMNO hilang kuasa. Terbangsat...tidak ada perkataan yang boleh menggambarkan untung nasib yang cukup tertekan, hilang segala-galanya, hilang kuasa, hilang maruah dan hilang masa depan," katanya.

Oleh itu, katanya segala permasalahan yang berlaku dalam parti perlu diselesaikan bagi memastikan UMNO kekal berkuasa.

"Kalau ada masalah, cari penyelesaian, sama ada peringkat nasional, peringkat negeri, takkan tidak ada penyelesaian," katanya.

Katanya pelbagai dugaan dan masalah pernah dilalui parti itu sebelum ini, dan ia berjaya diselesaikan.

"Pengasas UMNO keluar UMNO dan tubuh parti lain, biro agama keluar dan tubuh parti PAS, UMNO diharamkan, presiden UMNO berlawan dan menang 41 undi sahaja, krisis kewangan 1997, zaman konfrontasi, komunis dan bermacam-macam...tapi kita berjaya melepasi daripada krisis-krisis tersebut," katanya.

Najib berkata dengan adanya penyatuan dalam parti, tidak ada sebab UMNO tidak boleh kekal sebagai parti yang memerintah.

"Sebagai sebuah parti, kita harungi lautan yang terbentang luas, adakala bergelora dan adakala dipukul badai.

"Bahtera UMNO sebenarnya kuat dan telah diuji sekian lama dan telah banyak berjasa mengubah landskap politik, ekonomi dan sosial sehingga dunia menganggap Malaysia di bawah UMNO sebagai sebuah negara model dan berjaya," katanya lapor AstroAwani

UMNO hilang kuasapun hak-hak Melayu masih terjamin dibawah perlembagaan, lagipun Melayu bukan UMNO, UMNO hanya mewakili Melayu..

Ni surat terbuka buat Najib..

Melayu dah cukup dibangsatkan Perdana Menteri

Oleh Hafidz Baharom

Sebagai seorang ahli bangsa Melayu yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik, saya tercengang membaca berita hari ini di mana perdana menteri kita sendiri mengatakan tanpa UMNO, Melayu akan 'dibangsatkan'.

Apakah Datuk Seri Najib Tun Razak sudah lupa bahawa dia sendiri sebagai Presiden UMNO yang telah membangsatkan Melayu sepanjang tempoh sebagai Perdana Menteri?

Walaupun bangsa Melayu dikatakan mudah lupa, kita tidaklah begitu bangang sampai lupa siapa sebenarnya dalang dalam memporak-perandakan Melayu di Malaysia ini, sampaikan hanya datang nak meraih undi lepas itu langsung menghilang.

Bangsa Melayu satu negara ingat sewaktu air bah datang, 200,000 rakyat Malaysia yang ramainya Melayu terbiar tanpa rumah, menyambut Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini dalam khemah sahaja, perdana menteri kita sanggup sambung main golf di Hawaii.

Bangsa Melayu di Sabah masih ingat semasa gempa bumi menimpa, perdana menteri kita masih sibuk hendak ke Jeddah.

Bangsa Melayu masih ingat bila kita menghadapi kesusahan hendak mencukupkan duit gaji masing-masing tahan sebulan, memohon bantuan kawal harga, Si Najib ini sanggup kata kita tidak berterima kasih yang kerajaan dia menurunkan harga kangkung!

Mohon maaf, Datuk Seri, tapi bak kata bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, rakyat Malaysia, malah rakyat Melayu Malaysia bukan bangang nak terima lagi kata-kata kamu dan kabinet kamu.

Melayu sekarang tidak mengambil lagi umpan-umpan dan kenyataan bangang yang dikeluarkan oleh penyokong kamu.

Melayu sekarang takkan percaya propaganda yang segala isu ekonomi disebabkan Yahudi.

Melayu sekarang takkan percaya ini adalah konspirasi "orang putih", apa lagi bila Najib sendiri percaya sangat golongan ini sampai ada Paul Stadlen dalam kumpulan beliau.

Dalam apa yang sedang berlaku sekarang ini, bangsa Melayu sekarang tengah terpinga-pinga kenapa ketua parti politik yang kononnya mewakili bangsa kita sanggup membangsatkan kita semua sesuka hati.

Melayu sekarang sedang bangun bertanya dan menyanggah segala kenyataan Presiden UMNO. Bak kata seorang ahli UMNO di Langkawi, mereka sudah mula menyangkal kenyataan presiden yang telah "mengencing" bukan sahaja tiga juta ahli UMNO, malah semua rakyat Malaysia tak kira bangsa dan parti.

Jelas sekali orang yang membangsatkan Melayu, yang pentingkan kesetiaan lebih daripada kebenaran, yang mementingkan jawatan lebih daripada bangsa sampai mengaku "darah pahlawan Bugis" tapi kecut masuk bangunan parti sendiri berhadapan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjawab soalan adalah seorang pemimpin yang telah hilang mandat bukan sahaja dari rakyat, tapi lebih lagi bangsa Melayu sejagat.

Kalau raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah. Perdana menteri kita bukanlah raja, tapi seorang ketua parti politik Melayu yang telah mengabaikan tanggungjawab beliau untuk kepentingan dirinya sendiri.

Sudahlah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Lihat laman Facebook kamu sendiri boleh lihat Melayu dari mana-mana negeri pun dah bersuara.

Kalau setakat nak tebalkan muka sampai setebal badak sumbu Sumatera pun dah tak guna sebab dah pupus.

Kalau setakat nak alihkan perhatian kita dengan kelahiran anak panda, nak mengangkat keadaan dengan mencampak BR1M, nak kata duit Pak Arab yang berbilion jadi pelabur 1MDB pun tak guna dah sekarang ini.

Langkawi sudah bersuara. Pontian sudah bersuara. Ini Shah Alam sendiri pun sudah bersuara.

Hentikan perbuatan membangsatkan Melayu yang kamu lakukan semata-mata kerana gila kuasa kekal pegang jawatan perdana menteri ~ Sumber dari SINI

Sudahlah Najib.. Melayu sekarang bukannya begitu bodoh untuk mudah diperbodohkan.. errr.. kecuali macai..


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails