Monday, August 10, 2015

Khairy Akui Skandal 1MDB Antara Punca Ringgit Terus Jatuh..


Putrajaya perlu segera mengendalikan kekurangan kepercayaan serta krisis keyakinan yang dihadapinya untuk menghalang kejatuhan ringgit, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Khairy berkata hari ini kekurangan keyakinan dalam kerajaan juga menyebabkan pelabur mengeluarkan wang mereka daripada Malaysia.

Kenyataan beliau susulan seorang lagi menteri yang menyatakan sentimen sedang menjatuhkan kadar pertukaran ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), meskipun dengan fundamental ekonomi negara yang kukuh.

"Tiada orang percayakan mesej ataupun pembawa mesej. Krisis keyakinan inilah mengapa ringgit semakin merudum dan pelabur mengeluarkan wang mereka untuk ke tempat lain.

"Semakin ringgit jatuh, semakin mahal harga barangan," kata Khairy kepada forum di Malaysian Student Leaders Summit di Kuala Lumpur hari ini.

Pada Khamis, ringgit jatuh ke RM3.90 berbanding dolar AS, kali pertama ia berlaku sejak krisis kewangan Asia pada 1998. Khairy berkata antara isu yang membawa kepada masalah ini termasuklah skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma politik RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Perkembangan terbaru dalam pentadbiran Najib menghakis kepercayaan rakyat dan mereka ia akan menyiasat bagaimana 1MDB dapat mengumpul hutang RM42 bilion dan sama ada terdapat salah laku dalam syarikat tersebut.

Siasatan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) terhadap 1MDB yang sepatutnya memanggil pegawai atasan syarikat tersebut bulan ini, terhenti selepas Najib melantik 4 ahli jawatankuasa tersebut ke dalam Kabinetnya pada 28 Julai.

Sementara itu, polis menyoal siasat 7 pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tentang maklumat siasatan agensi tersebut terhadap syarikat berkaitan 1MDB, dibocorkan kepada orang ramai.

Penahanan beramai-ramai penyiasat SPRM dikritik kumpulan masyarakat sivil sebagai cara menakut-nakutkan agensi anti-rasuah itu yang sedang menyiasat SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Umno juga digoncang dengan pendedahan Najib yang menerima RM2.6 bilion ke dalam akaun bank peribadinya daripada seorang penderma Timur Tengah.

Peguam mengatakan yang tersebut melanggar undang-undang anti-rasuah yang mengatakan anggota pentadbiran awam tidak boleh menerima derma.

"Kita tidak boleh melengahkan bercakap tentang 1MDB dan derma politik. Kita perlu bincangkan isu ini dan kita perlu lakukannya segera, bukan kemudian," kata Khairy lapor The Malaysian Insider


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails