Sunday, August 23, 2015

Kehebatan Ahmad Maslan Kini Dicabar Ketua UMNO Kepong..


Kehebatan Ahmad Maslan nampaknya kini tercabar dengan kemunculan seorang lagi pemimpin UMNO yang juga Ketua Bahagian UMNO Kepong yang lebih hebat..

Ahmad Maslan dalam ucapannya beberapa hari yang lalu hanya mengatakan beliau sanggup menerima peluru supaya Najib tidak kena tetepi Pemimpin UMNO yang seorang ini ternyata lebih hebat..

Kata Ahmad Maslan “Kalau ditanya Ahmad Maslan adakah sanggup menerima peluru supaya Datuk Najib tidak kena, Ahmad Maslan akan kata, saya sanggup menerima segala peluru,”.. bacalah di SINI

Peluru yang dimaksudkan oleh Ahmad Maslan itu boleh ditafsirkan sebagai isu-isu yang digunakan untuk menyerang Najib, lagipun aku yakin Ahmad Maslan tidak begitu bodoh (walaupun terkenal dengan kenyataan-kenyataan bodohnya) untuk ditembak demi Najib.

Ungkapannya itu dipercayai hanyalah sekadar ayat untuk membodek Rosmah dan Najib..

Hari ini muncul seorang pemimpin UMNO yang lebih hebat dalam membodek Najib dan Rosmah, walaupun dah berusia namun jelas jahilnya..

"Saya berani mati untuk Najib. Jangan sentuh Najib. Kalau mahu mati, mahu mati bersama Najib. Itu ikrar kami (ahli UMNO bahagian Kepong). Mati dalam politik adalah lebih baik daripada mati katak,"

Sebagai orang Islam kita ni sepatutnya hidup dan mati dalam Islam dan hidup dan mati demi Allah..  bukannya demi pemimpin yang ada sekarang ni..

Nak bodek pun jangan sampai dianggap sesat!!..

Laporan berkaitan..

KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Kepong, Datuk Rizuan Abd Hamid menegaskan beliau akan berjuang bersama presiden partinya, Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga ke nafas terakhir.

Beliau berkata, terlalu banyak jasa diberikan oleh Najib untuk negara ini terutama dengan melakukan pembaharuan yang lebih baik daripada apa yang dilakuan oleh bekas perdana menteri Malaysia sebelum ini.

"Gagasan 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bantuan persekolahan, Klinik 1Malaysia, pelbagai jenama 1Malaysia... semuanya untuk bantu orang miskin tidak kira di kampung atau bandar," katanya ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Kepong di Hotel Hilton, KL Sentral pada Ahad.

Menurut Rizuan, ahli UMNO bahagian Kepong perlu menyokong kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Beliau berkata, mereka (ahli UMNO bahagian Kepong) perlu berikrar untuk taat setia tidak berbelah bahagi kepada Najib.

"Saya berani mati untuk Najib. Jangan sentuh Najib. Kalau mahu mati, mahu mati bersama Najib. Itu ikrar kami (ahli UMNO bahagian Kepong). Mati dalam politik adalah lebih baik daripada mati katak," katanya.

Rizuan berkata, walaupun banyak desakan yang meminta Najib meletakkan jawatan, namun ketika ini tiada siapa yang layak untuk menggantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Katanya, sokongan diberikan kepada Najib kerana beliau masih mempunyai otak yang kuat dan hebat.

"Kenapalah anda semua mahu fikir untuk buang dia? Nak suruh dia berhenti? Adakah ada orang lain yang layak selain daripada Najib? Beritahu saya, ada ke? Zahid Hamidi pun kata beliau tidak bersedia lagi," tambahnya lapor AstroAwani

Ada harapan jadi Menteri dia ni, boleh ganti Ahmad Maslan..


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails