Sunday, August 2, 2015

Isu Altantuya dibangkitkan dalam AGM UMNO Kluang..


Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima sambutan hangat ketika hadir ke mesyuarat agung tahunan Umno bahagian Kluang, berbeza dengan mood di Seremban dan Kota Melaka semalam.

Muhyiddin, yang digugurkan sebagai timbalan presiden Umno dipercayai kritikan berhubung isu 1MDB, dijadual berucap kepada 400 orang perwakilan.

Mesyuarat pula dijangka panas apabila terdapat usul menuntut penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan dakwaan skandal terhadapnya, termasuk isu 1MDB dan pembunuhan Altantuya Shaariibu.

“Isu itu masih menjadi persoalan termasuk siapa yang memberi arahan kepada Sirul Umar Azhar,” menurut usul yang diterima media itu.

"Sebagai pengawal peribadi YAB Datuk Seri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Ini adalah nyawa manusia, amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.”

Selain itu, usul berkaitan 1MDB mempersoalkan bagaimana sebuah syarikat milik penuh kementerian kewangan yang mana perdana menteri sendiri merupakan pengerusi lembaga penasihat miliki bebanan hutang berjumlah RM51 bilion.

“Laporan-laporan dalam akhbar di New York (New York Time 7 Februari 2015) begitu tajam, pedas dan berleluasa, namun Najib membisu seribu bahasa," kata usul tersebut.

Sementara itu, menyentuh isi pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (GST) mengusulkan dengan mendesak kerajaan menggandakan aktiviti pemantauan ke atas pelaksanaan GST dengan lebih agresif bagi mengelak penipuan oleh peniaga.

"Kerajaan telah memaklumkan bahawa pelaksanaan GST memberi jaminan harga barangan menjadi lebih rendah, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya," kata usul tersebut.


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails