Tuesday, August 18, 2015

Guan Eng Arah Jalan Dibuka, Henti Serta-merta Projek Special Span UEM


Kat atas tu ulasan macai yang tak tahu apa yang menjadi punca kesesakan lalu lintas paling buruk dalam sejarah di Pulau Pinang semalam.. tapi berlagak macam tahu..

Sedap saja dia tuduh sebagai bukti kegagalan Guan Eng dalam memahami masaalah rakyat serta menyusahkan orang ramai..

Projek Kerajaan Pusat, yang memandai ubah arah jalan juga agensi dari Pusat.. Kerajaan Negeri pulak disalahkan..

Baca laporan ni..


GEORGE TOWN - Kerja-kerja pemasangan tiga bahagian rentasan utama atau rentang tuju (special span) lebuh raya bertingkat yang merintangi Sungai Keluang dekat Bayan Baru akan dihentikan serta-merta gara-gara kegagalan Jabatan Kerja Raya (JKR) memastikan trafik berjalan lancar seperti biasa, susulan pelaksanaan sistem penutupan jalan berjadua sejak semalam (17 Ogos).

Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng bagaimanapun berkata, kerja-kerja susulan yang berisiko rendah atau langsung tiada risiko boleh dilaksanakan tiap-tiap hari mulai jam 11.00 malam hingga 5.30 pagi.

"Kerja-kerja membina special span ini mesti dihentikan serta-merta serta tidak boleh dijalankan sehingga suatu penilaian bebas dijalankan oleh jurutera perunding yang akan dilantik oleh pihak Kerajaan Negeri, tetapi kosnya dibiayai oleh (pemaju) UEM Builders Bhd..

"Hanya selepas penilaian mereka siap dan diluluskan oleh jurutera perunding yang dilantik oleh Kerajaan Negeri, barulah kerja-kerja menyiapkannya boleh dijalankan.

"Mereka (UEM) hanya dibenarkan melaksanakan kerja-kerja susulan yang mempunyai risiko amat rendah atau tidak ada sama sekali," jelas Guan Eng kepada wartawan di sini pagi tadi.

Ketetapan itu dibuat selepas Guan Eng berbincang dengan Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Projek Khas Zon Utara JKR, Mohd. Yusup Zahidin dan Ir. Ismade Ismail (Pengurus Pemajuan bagi UEM Builders Bhd.), dan Ahmad Fauzi Ali (Pengurus Projek UEM Builders Bhd.).

Timbalan Ketua Menteri I merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Dato' Mohd. Rashid Hasnon dan Sim Tze Tzin (Ahli Parlimen Bayan Baru) turut menyertai sidang media tersebut.

Tambah Guan Eng, cadangan membuka semula jalan-jalan berwajib demi mengelak kesesakan trafik di kawasan pemajuan sekaligus turu berisiko kepada pengguna jalan raya.

Justeru, beliau mengarahkan JKR menggandakan pemantauan pada struktur binaan projek Kerajaan Pusat itu, demi mengelak insiden seperti runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang (JK2PP) yang meragut empat nyawa pengguna jalan raya tersebut pada awal bulan Jun 2013 daripada berulang lagi.

"Kalau langsung tidak mahu risiko, kena tutup jalan...memang ada risiko jika jalan ini dibuka semula, disebabkan krisis kesesakan yang begitu teruk apabila cadangan lencongan trafik gagal (secara berjadual) gagal dibaiki oleh JKR," jelas beliau.


Semalam, Guan Eng melahirkan rasa tidak puas hati dengan "krisis kesesakan trafik" yang didakwa begitu teruk hingga menerima kritikan banyak pihak, selepas cadangan penutupan jalan berjadual dilaksanakan.

Susulan itu, JKR dan UEM diarahkan mengadakan sidang media bagi mengemankini info trafik harian pada jam 12.00 tengah hari di Bilik Mesyuarat Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Tingkat 4, Komtar, mulai 17 Ogos 2015.

Sebelum itu, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow bersama-sama Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti) dalam satu sidang media pada 24 Jun lalu memberitahu, cadangan penutupan beberapa jalan di antara persimpangan Hilir Sungai Keluang 1 dan persimpangan Lebuhraya Kampung Jaya dekat Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas, secara berjadual.

Langkah itu, katanya, sebagai mengikut perancangan dan prosedur keselamatan yang disyor oleh JKR dan UEM sendiri.

Menurut Kon Yeow, cadangan penutupan jalan pada hari Isnin hingga pagi Jumaat dilakukan dalam dua sesi, iaitu mulai jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang dan 9.00 malam hingga 5.30 pagi.

Tambahnya, cadangan penutupan jalan sepenuhnya pula akan dilakukan mulai jam 9.00 malam pada hari Jumaat hingga 5.00 pagi pada hari Isnin.

Difahamkan, tiga bahagian rentang tuju yang bakal dibina dalam projek tersebut umumnya adalah terpanjang di Malaysia, dengan ketinggian 39 meter, sepanjang 170 meter, selebar 18 meter, serta berat keseluruhannya 14,000 tan atau 6,400 berat berat minimum satu-satu bahagian konkrit tersebut.

"Binaan ini setinggi tiga bangunan, kira-kira 13 kali ganda lebih berat dari (bahagian konkrit penyambung) yang runtuh di Jambatan Kedua Pulau Pinang dahulu.

"(Rantang tuju) ini adalah paling besar di Malaysia untuk jalan empat laluan, sebab ada satu (rentasan tuju) di Sarawak sepanjang 180 meter untuk jalan dua laluan sahaja," jelas Ismade pada sidang media terus.


Sepanjang tempoh pemajuan, cadangan asal lencongan trafik kenderaan dari arah George Town dan Queensbay Mall menghala ke Batu Maung dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JK2PP) akan dilencongkan ke Lebuhraya Kampung Jawa, melalui Jalan Sultan Azlan Shah, Hilir Sungai Keluang 4, Hilir Sungai Keluang 2, Hilir Sungai Keluang 1, Lintasan Bayan Lepas dan kembali semula ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu yang berhampiran JK2PP.

Kenderaan dari arah Batu maung dan JK2PP menghala ke arah Queensbay Mall dan George Town pula akan dilencongkan ke Hiling Sungai Keluang 1, melalui Hilir Sungai Keluang 2, Hilir Sungai Keluang 4 dan Jalan Sultan Azlan Shah, seterusnya membuat pusingan U di Persimpangan Jalan Mayang Pasir dan kembali ke Lebuhraya Dr. Lim Chong Eu, sama ada melalui Lebuhraya Kampung Jawa atau Bulatan Bayan Baru lapor FAQAR


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails