Sunday, August 9, 2015

Di Pasir Gudang Najib Tunjukkan Apa Itu 'Hidung Tak Mancung, Pipi Tersorong-sorong'


Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang, Johor, Datuk Seri Khaled Nordin hari ini mendedahkan Datuk Seri Najib Razak meminta merasmikan mesyuarat tersebut dan bukannya atas jemputan mereka.

Berucap atas kapasiti ketua Umno Bahagian sebelum ketibaan Najib merasmikan mesyuarat tersebut di Dewan Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor pagi tadi, Khaled mengingatkan ahli Umno Bahagian Pasir Gudang agar menjadi tuan rumah yang "baik dan berdisiplin".

"Persidangan kali ini amat bertuah kerana presiden parti akan rasmikan, presiden yang minta untuk rasmikan dan bukan atas kehendak bahagian.

"Kerana 2 bulan lepas, presiden melalui setiausaha agung Umno maklumkan mahu rasmikan (mesyuarat) bahagian," katanya dalam ucapan pertama itu.

Khaled kemudian berucap sekali lagi selepas ketibaan Najib atas kapasiti pengerusi Perhubungan Umno Johor.

"Saya akan berucap 2 kali kerana sebentar lagi presiden akan rasmikan, jadi sebentar lagi saya akan berucap lagi atas kapasiti sebagai pengerusi badan perhubungan," katanya.

"Kita akan jadi tuan rumah yang bagus, yang baik dan yang berdisiplin."

Kemudiannya bila Najib berucap The Malaysian Insider juga melaporkan.. Lebih 700 perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang kelihatan lesu apabila Datuk Seri Najib Razak mula berucap merasmikan mesyuarat perwakilan pagi tadi.

Nada berbeza perwakilan yang bersemangat ketika Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Khaled Nordin berucap sebelum itu seakan luntur apabila seakan tidak memberikan tumpuan semasa ucapan Najib, lebih-lebih lagi ketika beliau menyentuh isu membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Malah semasa menyentuh isu BR1M, perwakilan di dalam dewan juga seakan tidak memberikan tumpuan penuh kepada ucapannya.

"Tuan-tuan nak BR1M lagi ke tidak," katanya dan disahut:"Tidak" oleh sebahagian perwakilan.

"Kalau tidak saya batalkan BR1M, ada cara lain ke lebih baik?" soal Najib kepada perwakilan dalam ucapannya.

Malah, ketika menyentuh isu membabitkan skandal-skandal oleh pentadbiran kerajaan terdahulu, perwakilan turut mendesaknya mendedahkan skandal-skandal tersebut, namun Najib tidak mendedahkannya.

"Dalam sejarah kita banyak lagi isu, 1MDB belum ada kerugian.

"MAS kita dah tampung berapa bilion, penjualan saham MAS ini pun ada isu, nak sebut saya boleh sebut.

"Kalau saya sebut saya membuka pekung di dada, kalau tak sebut saya pula yang dipersalahkan," katanya, dan disahut: "bukalah!" oleh perwakilan yang hadir.

... Kesian kat dia.. Hidung tak mancung.. pipi tersorong-sorong...


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails