Friday, August 7, 2015

Derma RM2.6 Billion.. Najib Ikut Sunnah Nabi Kot...


Tan Sri Shahrir Samad berkata dilaporkan berkata "Selama saya duduk dalam MT Umno dan Jawatankuasa Perhubungan Umno Negeri Johor, soal derma tidak pernah dibangkit atau didedahkan kepada ahli MT dan perhubungan negeri,"

Tambahnya lagi "Selain harta dan sumber pendapatan sedia ada, parti mempunyai kepercayaan kepada presiden, pengerusi Perhubungan Umno Negeri dan bendahari untuk mencari sumber kewangan bagi membiayai aktiviti politik dan pilihan raya,"

Sempena dengan hari Jumaat iaitu penghulu segala hari ini.. marilah kita semua berbaik sangka dengan 'Derma RM2.6 Billion' yang diterima Najib itu..

Ianya dikatakan telah diterima dari Arab.. Arab mana satu tak tahulah.. mungkin Arab yang dulu Rosmah jumpa cek dia dan pulangkan semula tu kot..

Najib menerimanya secara diam mungkin kerana dia tidak mahu perkara derma itu mendapat liputan media..

Najib mungkin mengikut sunnah Rasulullah S.A.W kot..

Salah satu dari golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah SW di hari akhirat kelak adalah mereka yang selalu membuat kebajikan secara berahsia sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang telah tangan kanan berikan (Sahih Al-Bukhari Vol.2 Hadis 504)

Mungkinlah... sebab tu tak ada siapapun yang tahu..

Lagipun 'derma' sebanyak USD700 Juta itu apalah sangat buat hartawan Arab tu.. baca laporan yang banyak disiarkan oleh Blog-blog UMNO ni..

PUTERA Alwaleed bin Talal dari Arab Saudi mengumumkan beliau akan menderma kesemua hartanya berjumlah USD32 billion (kira-kira RM120 bilion) kepada badan kebajikan.  
Hartawan berusia 60 tahun itu menyatakan beliau mendapat inspirasi daripada pengasas syarikat perisian terkemuka Microsoft iaitu Bill Gates.  
Wang itu akan disalurkan kepada pertubuhan kebajikannya, Alwaleed Philanthropies, di mana beliau sebelum ini pernah menderma sebanyak USD3.5 bilion (kira-kira RM13 bilion). 
Laporan penuh bacalah di SINI

Kan sikit saja derma yang dihulurkan kepada Najib tu.. tak sampai USD1 Billion pun...

Tapi Putera Arab tu derma untuk badan kebajikan.. bukannya derma untuk Parti Politik.. harap maklum ya macai-macai..

Kalau betul untuk kebajikan, kenapa Pak Arab yang dikatakan menderma untuk Najib tidak membantu mangsa banjir di Kelantan?

Bagaimanapun.. persoalan utamanya ialah kenapa derma RM2.6 Billion itu disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib dan kemana RM2.6 Billion itu pergi sedangkan akuan tersebut telah dtutup?

Laporan berkaitan...

Susulan pendedahan derma RM2.6 bilion disalurkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Shahrir Samad berkata, Majlis Tertinggi (MT) Umno tidak pernah bertanya, dan ahlinya tidak pernah diberi taklimat mengenai sebarang sumbangan politik kepada akaun pemegang amanah presiden atau bendahari parti. 
Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) yang juga ahli MT itu dipetik blog pro Umno MyKMU.net sebagai berkata, MT dan jawatankuasa perhubungan negeri parti tidak pernah diberitahu mengenai apa-apa sumbangan atau derma politik yang diterima. 
"Selama saya duduk dalam MT Umno dan Jawatankuasa Perhubungan Umno Negeri Johor, soal derma tidak pernah dibangkit atau didedahkan kepada ahli MT dan perhubungan negeri," kata ahli politik yang menganggotai MT sejak zaman bekas presiden Tun Dr Mahathir Mohamad. 
"Selain harta dan sumber pendapatan sedia ada, parti mempunyai kepercayaan kepada presiden, pengerusi Perhubungan Umno Negeri dan bendahari untuk mencari sumber kewangan bagi membiayai aktiviti politik dan pilihan raya," katanya dipetik berkata kepada portal itu. 
Pada Isnin, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion) disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Najib sebagai sumbangan derma, bukan wang pelabur strategik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB). 
Agensi anti rasuah itu juga mengesahkan penderma berkenaan dari Timur Tengah tetapi tidak menamakannya. Ia juga berkata akan meminta Najib tampil memberikan penjelasan mengenai sumbangan itu. 
Dakwaan mengenai wang sebanyak RM2.67 bilion dalam akaun Najib pertama kali muncul pada 2 Julai dalam satu laporan The Wall Street Journal (WSJ), memetik dokumen daripada penyiasat Malaysia. 
WSJ berkata sumber dana itu tidak diketahui, tetapi ia diterima melalui entiti berkaitan 1MDB dalam pelbagai tranche dan yang terbesar sebanyak AS$681 juta yang disalurkan kepada akaun Najib pada Mac 2013, menjelang pilihan raya umum pada Mei tahun sama. 
Perdana menteri menafikan mengambil dana 1MDB untuk kegunaan peribadi, tetapi tidak secara langsung menjawab mengenai pemindahan dana itu ~ The Malaysian Insider


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails