Saturday, August 22, 2015

Benarkah Sultan Johor yakin hanya UMNO mampu satukan Melayu?.. Baca Kenyataan TMJ ni..


Kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas pertemuannya dengan Sultan Johor semalam Sultan Johor percaya hanya Umno yang dapat menyatukan Melayu.

"Baginda bukan ahli politik, baginda tak mahu campur dalam soal politik, baginda di atas politik, tapi harapan baginda orang Melayu bersatulah.

"Dan penyatuan itu, walaupun baginda tak sebutkan, saya yakin baginda mengharapkan Umno sahaja yang boleh menyatukan orang Melayu..

Tu kata Zahid.. cuba baca apa kata Tengku Mahkota Johor ni..

Saya tidak menyokong dan memihak kepada mana-mana parti politik, saya hanya menyokong pemimpin yang berkhidmat kepada rakyat dengan penuh integriti, ketelusan dan kehormatan.

Baru-baru ini, kelihatan ramai yang cuba mendampingi dan menjadi kawan DYMM Sultan Johor, dan kemudiannya menimbulkan pelbagai andaian dan anggapan.

Janganlah lupa, saya adalah waris takhta Kerajaan Johor, dan sayalah suara terakhir yang akan sampai kepada telinga dan perhatian DYMM Tuanku.

Taat setia saya adalah kepada ayahanda saya, Sultan saya. Keutamaan saya adalah kedaulatan dan kesejahteraan Negeri dan Rakyat Johor.

Jangan sekali-kali ada yang cuba menyembah nasihat kepada DYMM Tuanku demi kepentingan peribadi.

Walaupun apa yang terjadi, air dicincang takkan putus. Apabila saya menyembah nasihat kepada DYMM Tuanku, ianya adalah ikhlas dari saya kerana saya tidak mempunyai kepentingan peribadi.

Kasih sayang saya kepada ayahanda saya, Sultan saya, tiada yang boleh menggoyahkan atau menghancurkannya.

Saya bukannya hendak menunding jari kepada mana-mana pihak, atau cuba mengeruhkan keadaan, tetapi saya hanyalah menegaskan pendirian saya yang sentiasa teguh di belakang Sultan dan rakyat Johor.

Semoga Johor sentiasa jadi Johor.

Allah peliharakan Sultan.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails