Sunday, August 16, 2015

Anak Sulung TG Nik Aziz Nafi Sertai Harapan Baru


Anak sulung kepada Allahyarham mantan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Nik Omar menafikan pembabitannya dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) seperti dakwaan yang tersebar di laman sosial.

Nik Omar, yang juga Pengetua Sekolah Agama Maahad Darul Anuar dekat Pulau Melaka, di sini, berkata beliau kini lebih suka menumpukan perhatian kepada bidang pendidikan dan tidak berminat menyertai politik.

Beliau berkata, gambar yang tersebar di lama sosial itu sebenarnya diambil oleh seorang individu dalam satu majlis pada minggu lalu dan langsung tidak berkaitan dengan GHB.

“Saya berada di majlis terbabit bagi pengkisahan sejarah mengenai arwah bapa saya dan perjuangannya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Difahamkan, dalam gambar yang diambil Nik Omar duduk di meja dan bersebelahan dengan Pengerusi GHB Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah serta seorang lagi lelaki yang tidak dikenali.


Katanya, dia menyokong samada PAS atau GHB dan berharap walaupun mempunyai perbezaan pendapat ianya tidak bermakna kedua-dua belah pihak boleh menyerang antara satu sama lain.

“Pada pendapat saya sepatutnya Mursyidul Am PAS ataupun Majlis Syura Ulama cepat bertindak dengan memanggil pemimpin berkenaan untuk mengadakan perbincangan.

“Bagaimanapun, seperti mana yang kita lihat keadaan agak sedikit terlambat apabila cadangan penubuhan GHB sebagai parti kini sedang berjalan,” katanya.

Namun begitu, katanya keadaan masih belum terlambat sekiranya ada pihak sanggup menjadi orang tengah dan membawa kedua-dua pihak berbincang dan berdamai serta bekerja bersama.

Mengenai perbezaan pendapat antara beliau dan adiknya, Nik Muhamad Abduh yang kini adalah Ketua Pemuda Pas dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Omar berkata itu adalah normal.

“Apa yang penting kami berdua menghormati antara satu sama lain dan ikatan kekeluargaan tetap utuh,” katanya lapor The Rakyat Post


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails