Monday, August 17, 2015

Ahmad Maslan kena `boo’


Seorang Timbalan Menteri mendapat cemuhan dan diejek oleh ahli Umno pada Mesyuarat Bahagian Umno Pontian di Dewan Jubli Intan, di sini, semalam.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan terpaksa menahan ejekan daripada kira-kira 1,500 ahli dan pelawat yang menghadiri mesyuarat berkenaan.

Kejadian itu berlaku ketika Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merasmikan mesyuarat terbabit, sedang menyampaikan ucapannya.

Veteran politik Umno itu kemudian mengingatkan delegasi dan mereka yang hadir supaya berhenti berbuat demikian terhadap Ahmad yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Pontian.

“Jangan ‘boo’ timbalan ketua bahagian kamu,” kata Muhyiddin.

Penghinaan terhadap Ahli Parlimen Pontian yang berusia 49 tahun itu dipercayai tercetus selepas Muhyiddin menyentuh mengenai kepayahan rakyat berikutan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) dan peranan menteri Kabinet yang baru dilantik, yang turut termasuk Ahmad ~ The Rakyat Post




Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails