Friday, July 24, 2015

Tunjuk tang mana yang dipinda cabar Mahathir


Menurut laporan The Edge ada lebih dari 400,000 e-mail dan dokumen yang mereka telah perolehi dari Andre Xavier Justo dengan menipunya..

Satu jumlah yang sangat besar.. setiap satu pasti ada kaitannya.. macai-macai sibuk mengatakan dokumen itu telah diedit.. tapi apa yang telah diedit tak ada siapapun pernah mendedahkannya..

Tak lebih dar hanya satu cubaan untuk membina persepsi..

Ni Mahathir dah cabar pihak yang berkenaan.. dia maksudkan pemimpin-pemimpin UMNO yang sibuk dok canang kononnya dokumen dah kena edit lah ni..

Tunjukkan tang mana yang dah dipinda tu...

Laporan berkaitan...

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, mustahil untuk meminda dokumen syarikat PetroSaudi International (PSI) seperti yang didakwa oleh bekas eksekutifnya, Xavier Andre Justo.

Menurut Dr Mahathir, perkara itu dilihat mustahil untuk dilakukan memandangkan jumlah dokumen tersebut "banyak".

Sehubungan itu, beliau meminta kepada pihak yang berkenaan supaya menunjukkan dokumen yang didakwa dipinda seperti didakwa Justo.

"Tunjuklah apa yang dipinda. Tunjuk dokumen itu, tunjuk tang (di) mana yang dipinda. "Nak pinda dokumen (macam mana), banyak tu, tak boleh," katanya ketika ditemui pemberita di lobi hotel Shangri-La di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam temubual bersama Straits Times Singapura Justo mendakwa pengendali Sarawak Report dan seorang ahli perniagaan Malaysia berbincang untuk “meminda” maklumat dalam dokumen syarikat PSI itu.

Justo ditemu bual akhbar itu di Bangkok, Thailand. Justo yang menjadi sumber kebocoran maklumat tersebut juga bersetuju untuk menjual dokumen berkenaan, yang didakwanya dicuri dari PSI untuk bayaran sebanyak AS$2 juta (RM7.6 juta).

Justo mendakwa, individu yang ditemuinya awal tahun ini merancang untuk menggunakan dokumen tersebut “sebagai cubaan untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia” dan mereka juga merujuk kepada usaha untuk “meminda dokumen tersebut”.

Bagaimanapun, editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown menafikan dakwaan untuk meminda dokumen itu dan mempersoalkan mengapa 1MDB dan PSI masih belum mengemukakan bukti pindaan tersebut ~ Malaysiakini

Dokumen dipinda atau apa sekalipun.. isunya ialah RM2.6 Billion yang dikatakan telah dipindahkan ke dalam akaun Najib tu dah ke mana?


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails