Monday, July 20, 2015

SKMM sekat laman Sarawak Report sebab gugat kestabilan negara?


Ish biar betul SKMM ni.. tak kanlah begitu rapuh sekali kestabilan negara kita ini?

Hanya kerana laporan dari Sarawak Report mendedahkan pelbagai perkara mengenai 1MDB kestabilan negara kita boleh tergugat..

Kestabilan siapa sebenarnya yang tergugat ni?..

Laporan berkaitan..

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini mengambil keputusan menyekat laman web ‘Sarawak Report’.

SKMM dalam kenyataan terbaharu di akaun Facebook rasminya berkata laman web berkenaan didapati memaparkan kandungan yang masih belum dipastikan kesahihan dan sedang dalam siasatan.

Kenyataan itu menyebut bahawa tindakan menyekat laman web berkenaan dilakukan SKMM mengikut peruntukan undang-undang selepas menerima maklumat dan aduan daripada orang ramai.

“Sekatan terhadap laman sesawang The Sarawak Report itu juga dibuat mengikut peruntukan sedia ada dalam Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan tempoh sekatan terhadap laman sesawang berkenaan berkuatkuasa untuk sementara waktu sehingga tamatnya siasatan yang dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas,” kata kenyataan itu.

SKMM dalam kenyataannya turut mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika berkongsi maklumat di laman sosial terutamanya kandungan yang belum dipastikan kesahihannya.

Tambahnya, kandungan sedemikian dikhuatiri boleh mewujudkan keadaan tidak tenteram dan seterusnya menganggu-gugat kestabilan negara, ketenteraman awam dan kestabilan ekonomi lapor AstroAwani
 Dah lama isu mengenai 1MDB ini rasanya.. tapi tak nampak pun kestabilan negara ini tergugat yang tergugat tu Najib adalah....


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails