Wednesday, July 22, 2015

Seorang lagi Pengarah dari firma berkaitan 1MDB ditahan reman..


Laporan The Wall Street Journal mengenai pemindahan wang berbilion ringgit ke dalam akaun bank milik Najib pada 2 Julai lalu dianggap sebagai satu fitnah jahat terhadap Najib oleh macai-macai.. apa pula anggapan mereka terhadap dua tangkapan ini?

Kedua-dua mereka adalah antara dari syarikat yang dinamakan oleh WSJ sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap transaksi tersebut..

Tangkapan pertama melibatkan individu dari SRC International Sdn Bhd dan tangkapan kedua pula dari Ihsan Perdana Sdn Bhd..

Semalam media melaporkan..

Seorang pengarah di syarikat pembinaan dan pembangunan hartanah, yang ditangkap pasukan petugas khas yang menyiasat dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), ditahan reman 4 hari oleh mahkamah majistret Putrajaya, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini. 
Satu kenyataan badan pencegah rasuah itu petang ini mengesahkan tangkapan pengarah berusia 39 tahun itu semalam. 
Peguam berkaitan Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili lelaki itu, memberitahu The Star Online, anak guamnya itu kini ditahan reman selama 4 hari kerana "kepentingan negara". 
Sumber pihak berkuasa siasatan memberitahu The Malaysian Insider, syarikat lelaki itu ada berurusan dengan SRC International Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan 1MDB. 
Pengarah syarikat itu ditahan jam 1 tengah hari semalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di mana beliau sepatutnya menaiki penerbangan ke Taiwan. 
Dia ditahan pegawai Jabatan Imigresen sebelum diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan akan disiasat atas tuduhan rasuah. 

Hari ini pula seorang lagi dilaporkan telah ditahan semalam..

Pengarah urusan Ihsan Perdana Sdn Bhd, Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman, hari ini ditahan reman berhubung siasatan ke atas syarikat pelaburan negara sarat hutang, 1Malaysia Development Bhd (1MDB). 
Shamsul ditangkap petang semalam di pusat membeli-belah The Curve di Mutiara Damansara, Petaling Jaya sebelum dibawa ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoalsiasat, di mana beliau kemudiannya ditahan. 
Polis pagi tadi mendapatkan perintah daripada Mahkamah Majistret Putrajaya meremannya selama 5 hari, menjadikannya orang kedua direman berhubung siasatan 1MDB. 
Ihsan Perdana merupakan syarikat yang mengendalikan program tanggungjawab korporat bagi pihak Yayasan 1MDB. 
The Wall Street Journal pada 2 Julai menamakan syarikat itu antara yang terlibat dalam pemindahan wang berbilion ringgit ke dalam akaun bank milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 
Pendakwa raya SPRM, Ahmad Sazilee Abdul Khairy berkata Shamsul, 54, ditahan di pusat membeli-belah The Curve semalam di bawah Seksyen 17a, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. 
Sazilee berkata pihaknya memohon reman 7 hari tetapi majistret Eric Lau hanya membenarkan penahanan 5 hari sehingga Ahad ini. 
Sumber daripada SPRM memberitahu penahanan Shamsul berkait dengan penyiasatan tuduhan rasuah lapor The Malaysian Insider

Persoalannya sekarang ialah jika laporan yang disiarkan oleh WSJ disifatkan sebagai berniat jahat dan melampau oleh seorang Menteri dari UMNO..

.. Dan Pejabat Perdana Menteri pula menyifatkan laporan WSJ itu sebagai sabotaj politik untuk menjatuhkan seorang perdana menteri yang dipilih secara demokratik...

.. Manakala Najib pula berkata.. “Tuduhan Wall Street Journal merupakan satu niat jahat yang didokong dan disokong oleh pihak tertentu dalam negara yang bertujuan memaksa saya melepaskan jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO,”

Adakah tindakan pasukan Petugas Khas 1MDB ini berniat jahat?


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails