Wednesday, July 15, 2015

Rusuhan Low Yat: Ketua UMNO Bahagian Bagan ditahan


Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Dr Shaikh Hussein Mydin ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyebaran mesej berbaur hasutan berkaitan insiden di Plaza Low Yat.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir, berkata penahanan itu dilakukan sejurus Pengerusi Biro Pengaduan Awam, Badan Perhubungan UMNO negeri itu diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Prai Tengah di sini, untuk disiasat pegawai polis dari Bukit Aman.

Katanya, penahanan itu dimaklumkan dibuat Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang mengarahkan Dr Shaikh disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 selepas perbualan kumpulannya melalui aplikasi WhatsApp disebarkan.

"Kita percaya perkara ini timbul melalui kumpulan WhatsApp di mana ia disertai semua Ketua Bahagian UMNO seluruh Malaysia termasuk menteri apabila terdapat pengkhianat dalam parti yang menyebarkan apa yang ditulis Dr Shaikh dalam kumpulan itu.

"Selama ini dalam kumpulan itu hanya membincangkan mengenai masalah rakyat dan pembangunan negara namun apabila insiden Low Yat ini timbul, Dr Shaikh bertindak bertanyakan soalan mengenai perkara itu berlaku," katanya ketika ditemui di perkarangan IPD Seberang Prai Tengah, di sini, hari ini.

Terdahulu, Musa mengiringi Dr Shaikh hadir ke IPD berkenaan kira-kira jam 2 petang sebelum beliau dilihat menaiki kenderaan polis bagi dibawa ke Bukit Aman kira-kira jam 4 petang.

Musa berkata, beliau kesal perkara sedemikian berlaku, namun akur dengan undang-undang dan meminta polis menyiasat kes ini secara menyeluruh.

"Beliau hanya bertanya mengapa dan bagaimana kejadian itu boleh berlaku. Ini adalah perbincangan tertutup, orang yang menyebarkan perbualan kumpulan yang sebenarnya cuba menghasut.

"Saya minta polis menyiasat kes ini dengan teliti kerana membabitkan pemimpin kanan UMNO Pulau Pinang dan bersikap telus," katanya lapor Berita Harian


Itu laporan dari Berita Harian.. ianya mengatakan Kadir Sheikh Fadzir mendakwa ada pihak yang membocorkan perbualan dalam kumpulan WhatsApp mereka..

Tapi kalau dibaca apa pula kata Timbalan pengerusi Umno Pulau Pinang, Reezal Merican dia kata perbualan dalam Telegram yang bocor.. bukannya WhatsApp..

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berasa hairan dan terkejut dengan penahanan Ketua Umno Bahagian Bagan Shaik Hussein Mydin atas kesalahan mengkritik polis dalam kumpulan sosial tertutup, Telegram.

Timbalan pengerusi Umno Pulau Pinang itu berkata, Shaik tidak dikira melakukan hasutan kerana Telegram adalah satu aplikasi perbualan tertutup malah lebih ramai pemimpin pembangkang yang mengkritik polis secara terbuka.

"Saya tak lihat sebarang tanda hasutan yang dia buat. Tak tahu apa yang berlaku kepadanya.

"Kami beri kerjasama penuh tetapi saya rasa janggal dengan tangkapannya. Saya akan pergi ke Bukit Aman selepas ini untuk mengetahui lebih lanjut.

"Bagi saya ia amat mengejutkan. Kalau kira kenyataan terbuka dan awam banyak lagi dibuat oleh pemimpin parti pembangkang sekali pun terhadap polis, ketua polis negara," katanya kepada The Malaysian Insider.

Shaik ditahan di luar balai polis Seberang Prai sebelum mengadakan sidang akhbar berhubung pergaduhan di Plaza Low Yat, lapor portal Mstar Online.

Beliau yang ditemani Setiausaha Umno Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir ditahan dua anggota polis kira-kira pukul 1.45 petang.

Shaik dipercayai menulis mesej, mengkritik Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kumpulan mesej di Telegram ~ The Malaysian Insider

WhatsApp atau Telegram?.. tapi apa pun lantaknyalah yang pasti dalam kumpulan mereka itu ada pengkhianat...malang buat Shaik..


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails