Thursday, July 16, 2015

Rahman Dahlan terdesak kata Sarawak Report, Albert Melanyi bukan editor Sarawak Report tapi...


Kalau ikut apa yang dinyatakan oleh Sarawak Report, Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan ni dah kena kencing dengan individu yang didakwa pernah bertugas dengan Sarawak Report.

Lester Leef s/o Albert Melanyi dikatakan seorang bekas editor Sarawak Report dikatakan telah membuat pengakuan memalsukan dokumen mengenai 1MDB..

Hakikatnya ialah Albert Melanyi tidak pernah menulis sebarang artikel dan bukanlah pengarang bagi Sarawak Report dan tidak pernah menjadi sebahagian dari kakitangan Sarawak Report..

Mungkin Rahman Dahlan tu dah keliru kot.. sebab Albert Melanyi bertugas dengan Sarawak Tribune bukannya Sarawak Report sebelum dipecat Sarawak Tribune kerana menyiarkan karikatur Allah..

Ini laporan mengenai dakwaan Rahman Dahlan tu...

Satu laporan polis dibuat terhadap Sarawak Report kerana didakwa memalsukan dokumen berkaitan dengan 1MDB dan bersekongkol dengan wakil rakyat pembangkang.

Ini didedahkan oleh pengarah komunikasi strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan.

Dalam satu sidang akhbar hari ini, menteri itu berkata polis juga diberi video pengakuan seorang bekas editor Sarawak Report dan juga emel yang didakwa dari editor laman pemberi maklumat itu yang berpangkalan di London, Claire Rewcastle Brown.

Dalam emel bertarikh 1 Mac 2015, Rewcastle didakwa telah menulis: “Thanks! Yes it was quite a job!…. sitting up night after night cleverly ‘forging’ all those documents!!!!!”

Pada masa ini, kata Abdul Rahman, apa yang dimaksudkan oleh Rewcastle melalui email itu tidak dapat dipastikan

Abdul Rahman (gambar) pada mulanya enggan memberikan sebarang nama termasuk pemimpin-pemimpin pembangkang tersebut.

Bagaimanapun, beliau kemudiannya memberikan nombor siri laporan polis untuk pemberita membuat semakan.

Laporan polis, yang dilihat Malaysiakini, dibuat oleh Ramesh Rao Krishnan Naidu, seorang pemimpin NGO, dan dibuat sebelum tengah hari ini di Petaling Jaya.

Laporan itu menyebut bahawa Ramesh pergi ke Kuching untuk menemui seorang yang bernama Lester Leef s/o Albert Melanyi, yang didakwa telah mengaku terlibat dalam pemalsuan dokumen bersama-sama dengan Rewcastle.

Abdul Rahman kemudian meminta Interpol, United Kingdom dan polis Malaysia bekerjasama segera dan menyiasat dengan teliti emel Rewcastle itu.

Katanya, beliau yakin pihak polis akan berbuat demikian dengan cara yang paling profesional dan telus.

Berikut pula adalah jawapan dari Sarawak Report mengenai dakwaan Rahman Dahlan itu..




Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails