Tuesday, July 14, 2015

'PM jemput' Anwar ke majlis hari terbuka?.. bukan.. salah BIUPA tu, bukannya JPM..


Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Isnin memperjelaskan jemputan ke Majlis Rumah Terbuka Aidifitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri hanya untuk Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut kenyataan jabatan, Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri (BIUPA) yang bertanggungjawab mengeluarkan kad jemputan tersebut telah tersilap memasukkan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kad itu.

"Dalam hubungan ini, BIUPA memohon maaf dan mengaku telah membuat kesilapan dalam menghantar kad jemputan berkenaan," menurut JPM.

JPM juga menegaskan jemputan tersebut telah dibuat BIUPA dan bukannya daripada Pejabat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

"Merujuk kepada laporan Malaysiakini bertajuk 'PM jemput' Anwar ke majlis hari terbuka, ingin dimaklumkan bahawa semua kad jemputan kepada tetamu telah dikeluarkan oleh Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri (BIUPA) dan bukannya daripada Pejabat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

"BIUPA adalah Bahagian yang telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaraskan jemputan kepada semua tetamu," menurut kenyataan dua perenggan itu.

Portal berita Malaysiakini pada Isnin melaporkan Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara telah menerima jemputan untuk menghadiri majlis rumah terbuka itu pada Jumaat ini.

Menurut Malaysiakini, kad jemputan itu, yang telah dimuat naik dalam Facebook Anwar, mencatatkan nama isterinya Dr Wan Azizah dahulu dan diikuti namanya lapor AstroAwani


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails