Sunday, July 26, 2015

Media tidak harus dihukum kerana menjalankan tugas - Rafidah Aziz


Pihak media tidak sepatutnya dihukum kerana perkara itu akan menyebabkan lebih ramai rakyat untuk kecewa dengan kerajaan, kata bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz.

Tambahnya, kebebasan bersuara tidak mutlak dan media tidak seharusnya dihukum kerana menjalankan tugas mereka.

“Walaupun kebebasan bersuara mempunyai parameter yang ditentukan oleh faktor-faktor seperti kesopanan, menghormati kepercayaan agama orang lain dan hak-hak majoriti, namun media tidak harus dihukum, bukan kerana melanggar parameter itu tetapi kerana melaporkan sesuatu yang kurang disenangi sesetengah pihak,” kata Rafidah.

Rafidah, dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di Facebook pada Sabtu berkata tindakan yang diambil mengalih perhatian orang ramai daripada mengatasi masalah yang sedia ada.

“Mungkin kita perlu menghapuskan perkataan “larangan” daripda kamus politik kita dan mengamalkan pendekatan yang mencerminkan pemikiran yang jelas dan rasional.

“Adalah penting bahawa media tidak dihukum kerana melaporkan apa yang tidak disenangi sesetengah pihak. Sesungguhnya kami tidak akan mengikuti beberapa negara lain dimana media diarah untuk apa yang boleh dicetak dan tidak,” kata Rafidah.

Beliau juga berkata, pihak yang bertanggungjawab perlu memberi fakta kepada orang awam dan mereka perlu telus dalam komunikasi mereka tentang isu nasional seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails