Thursday, July 23, 2015

Lester dakwa Menteri yang mintanya sabotaj Radio Free Sarawak dah kencing dia..


Mamat ni mesti dah bengang bila kredibiliti dia dipersoalkan oleh Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, Tan Sri Dr James Masing minggu lalu.. jadi dia gunakan peluang untuk membelasah balik Menteri itu dalam satu temu bual..

Minggu lepas.. Masing berkata Pengarah Komunikasi Strategik BN, Abdul Rahman mungkin telah lakukan "langkah yang salah" dalam meletakkan terlalu banyak kepercayaan dengan dakwaan Lester.

"Saya agak terkejut (Abdul Rahman telah menggunakan dia). Jika Abdul Rahman telah bertanya kepada saya, saya akan menasihatkan beliau untuk tidak menggunakan dia (Lester).

"Saya akan beritahu dia supaya tidak mendengar terlalu banyak (untuk apa Lester katakan) dan tidak meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap dakwaannya." kata Menteri Pembangunan Tanah Sarawak itu.

Tambah Masing lagi Lester dalam video yang dilihatnya bukanlah Lester yang dia kenal dua tahun yang lalu ketika Lester bekerja untuk Radio Free Sarawak.

"Saya telah melihat video di mana Lester Melanyi mendakwa Sarawak Report dan pemimpin pembangkang telah bekerja sama untuk memalsukan dokumen mengenai 1MDB sebelum Sarawak Report menyiarkan pendedahan mengenai 1MDB itu.

"Terdapat persoalan mengenai kredibiliti Lester bila saya melihat dalam video."

Itu kata Menteri di Sarawak yang pernah mengenali Lester tu.. dia pun tak percaya dengan si Lester tu.. tapi yang peliknya macai-macai percaya sepenuhnya apa yang si Lester cerita tu..

Bak kata pepatah.." You scratch my back.. I scratch yours..." , hari ini Lester pulak melepaskan geramnya terhadap Menteri tu..

Dakwanya Menteri itu pernah memintanya untuk sabotaj Radio Free Sarawak.. janji nak bayar tapi kencing... ha.. ha..

Baca ni...


Lester Melanyi hari ini mendakwa Menteri Kemajuan Tanah Sarawak Tan Sri Dr James Masing menugaskan kepadanya untuk sabotaj Radio Free Sarawak (RFS) menjelang Pilihan Raya 2013.

Menurut Lester, yang menuduh Sarawak Report memalsukan dokumen 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Masing membuat permintaan itu dalam mesyuarat semasa tempoh kempen pilihan raya umum ke-13.

Bekas editor Sarawak Tribune itu mendakwa dia kemudian berjaya mencari seorang individu di London yang boleh mengganggu transmisi RFS, yang diasaskan oleh wartawan British kelahiran Sarawak, Clare Rewcastle Brown yang juga editor Sarawak Report.

"Saya meminta kepada orang ini, yang tinggal di London, untuk melakukan sesuatu terhadap stesen radio RFS dan memberitahunya bahawa James Masing akan membayarnya lumayan untuk melakukan kerja itu," Lester dalam satu temu bual eksklusif.

"Individu ini telah melakukannya terhadap RFS," katanya yang enggan menyatakan tindakan atau identiti orang itu, selain daripada mengatakan bahawa dia adalah orang asing yang menetap di London selama bertahun-tahun.

"Jika anda tidak boleh melakukannya di Sarawak, maka anda lakukannya dari London," katanya, merujuk kepada gangguan program Pstesen RFS di Sarawak.

Lester berkata gangguan itu telah menghalang RFS daripada dapat disiarkan di sepanjang masa kempen.

Tambah beliau lagi Masing tidak membayar sepertimana yang dijanjikan...

Malas dah aku nak translate.. bacalah kat SINI


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails