Monday, July 27, 2015

Kalau The Edge tak betul, tunjukkan saya apa yang betul cabar Muhyiddin


Antara ucapan Muhyiddin yang macai-macai sekelian perlu fikirkan secara mendalam berkaitan 1MDB ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Cheras di sebuah hotel di ibu negara itu ialah:-

- Najib perlu jawab tuduhan duit berbilion masuk ke dalam akaun peribadinya.

- Najib tak dengar nasihat saya agar letak jawatan dalam 1MDB.

- Saya baca The Edge yang digantung permitnya untuk faham mengenai 1MDB. Kalau The Edge tak betul, tunjukkan saya apa yang betul.

- BN akan kalah jika Najib adakan pilihanraya dalam waktu terdekat ini.

- Tun Mahathir ibarat bapa kita. Berhentilah menghentamnya kerana ia akan menjadikan bekas Perdana Menterti itu tambah popular, manakala kita jadi semakin jatuh.




Ini antara laporan mengenainya...

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui terpaksa membaca akhbar The Edge untuk mendapatkan maklumat mengenai syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 
Timbalan perdana menteri itu berkata, kekeliruan mengenai skandal 1MDB bertambah rumit apabila sehingga kini kerajaan masih gagal menerangkan situasi sebenar kepada rakyat. 
"Saya pun sukar nak faham.. saya tak nafi saya ada baca The Edge sampai ditegur dalam Kabinet kata itu daripada The Edge (laporan) tidak betul. Kalau tak betul tolong bagi tahu apa yang betul. 
"Tapi (kita) tidak juga diberitahu sampai sekarang jadi anda tidak boleh salahkan orang yang begitu dahagakan maklumat dan mencari sumber mana saja kerana tidak ada satu kenyataan yang kita keluarkan menjelaskan situasi sebenar," katanya semasa merasmikan Majlis Perwakilan Umno Bahagian Cheras di Kuala Lumpur malam tadi. 
Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil tanggungjawab tersebut dengan tampil memberi penjelasan kepada rakyat tentang keadaan sebenar dan punca masalah membabitkan syarikat sarat hutang itu. 
"Sebab itu saya katakan kalau isu ini begitu besar dan kuat. Saya banyak bercakap dalam jemaah menteri namun saya tidak akan dedahkan kerana itu rahsia. Namun rakan dalam jemaah menteri boleh sahkan sama ada Muhyiddin ada cakap atau diam. Kadang saya cakap lebih daripada perdana menteri. 
"Jadi siapa yang patut beritahu? Sepatutnya perdana menteri yang memberitahu pada kita. Tapi sekarang ini kita diminta tunggu laporan siasatan (pasukan khas). Bila lagi nak siap? 
"Laporan interim ketua audit negara pun saya tidak baca lagi kerana beri peluang kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, Kabinet tidak baca lagi," katanya. 
Beliau berkata skandal 1MDB begitu menarik perhatian rakyat namun sekiranya Najib masih enggan membuat penjelasan terperinci mengenai 1MDB, pembangkang akan mempunyai kelebihan. 
"Saya sebut ini ikut apa orang kata. Tapi ini ia jadi apa yang saya kata, banyak persoalan seperti kenapa terlalu banyak liabiliti dan kenapa tanggungan begitu besar, kita kena ada akauntabiliti dan jelaskan. 
"Ini yang saya sebut pertama kali dalam platform parti. Saya tidak buat tuduhan, cuma saya nak jelas isu ini besar dan kalau tak tangani maka akan digunakan pembangkang untuk rakyat menentang kita," katanya ~ The Malaysian Insider

Secara umumnya apa yang disebut oleh Muhyiddin ini mencakupi keseluruhan kebimbangan yang ada di kalangan rakyat dan ahli UMNO peringkat akar umbi.

Isu 1MDB dan kaitannya dengan Najib adalah perkara besar yang sedang menghenyak kedudukan parti dan kerajaan ke paras paling rendah di sisi rakyat ketika ini.

Ia bukan saja berkaitan hutang, pelaburan, Jho Low dan pelbagai keraguan lain mengenai syarikat pelaburan itu, tetapi yang lebih membingungkan ialah tidak pernah sebelum ini mana-mana Perdana Menteri dituduh menerima kemasukan wang ke dalam akaun peribadi sebesar RM2.6 bilion jumlahnya.

Orang kampung dan makcik Felda barangkali boleh jadi pening kepala dan mamai berhari-hari memikirkan jumlah wang sebanyak itu.

Apatah lagi, tuduhan itu tidak dijawab dengan mantap oleh Najib sendiri yang menyebabkan berlegarnya pelbagai spekulasi liar mengenainya sehingga bukan saja menyebabkan pengundi tegar pembangkang dan atas pagar bertekad untuk terus menjauhi kerajaan, malah penyokong BN sendiri ramai yang mulai beralih arah.

Ada yang bertekad tidak mahu lagi mengundi BN berikutan isu ini, manakala yang lain sehingga bersumpah mengharamkan undi mereka kepada BN selagi Najib menjadi Perdana Menteri.

Sesuai dengan mesyuarat perwakilan UMNO yang baru bermula sekarang, apa yang dilontarkan oleh Muhyiddin ini sebenarnya tidak memberi apa-apa makna jika tidak disambut oleh bahagian-bahagian lain yang bermesyuarat selepas ini.

Menjadi pemimpin yang pertama merasmikan mesyuarat perwakilan tahun ini, Muhyiddin seolah-olah sudah membuka gelanggang untuk UMNO memilih sama ada berpencak silat mempertahankan diri daripada serangan musuh dan mengekalkan kuasa atau sekadar berani bersilat di depan pengantin saja.

Menjadi tanggungjawab UMNO bahagian-bahagian untuk menghantar mesej yang lebih jelas kepada parti dan pucuk pimpinan bahawa kemelut 1MDB ini tidak boleh lagi ditangani dengan bodek, ampu atau pujian semata-mata.

Lagi baik, jika semua orang mulai berhenti daripada mencium tangan Najib selepas ini.

Sila sambung bacaan anda di SINI


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails