Thursday, July 9, 2015

Kalau benci sangat sekalipun kat Rosmah tu.. janganlah fitnah dia macam ni..


Apa yang tersebar sehari dua ini di aplikasi WhatsApp dan juga Telegram ialah kononnya Sirul akan membuat pengakuan di Mahkamah, Australia minggu depan.

Pengakuannya mengenai kes pembunuhan Altantuya itu dikatakan akan mengaitkan nama Rosmah Mansor..

Berikut adalah apa yang tersebar..

HOT NEWS! From Herald Sun Australia - Detained murderer of Mongolian model Altantuya Shaariibuu, Sirul Ahzar Umar (bodyguard of PM Najib Razak) will testify next week in Australian court that he was under order from Rosmah Mansor (PM Najib's wife) to kill her for blackmailing her husband.

Bagaimanapun apa yang tersebar itu sebenarnya hasil rekaan manusia yang banyak masa dan tak ada kerja serta tak kenal dosa pahala..

Baca nih..

Sirul Azhar nafi akan buat pengakuan 

KUALA LUMPUR 8 Julai – Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar menafikan maklumat yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp kononnya dia akan membuat pengakuan di mahkamah Australia minggu depan. 
Peguamnya, Hasnal Rezua Merican berkata, pengakuan kononnya Sirul Azhar membunuh Altantuya Shaariibuu atas arahan individu tertentu hanyalah khabar angin dan dilihat bertujuan menimbulkan kekecohan dengan melibatkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 
Katanya, selepas sebaran maklumat palsu yang dibuat dengan menggunakan nama akhbar Herald Sun Australia itu menjadi viral, beliau terus menghubungi Sirul Azhar untuk mendapatkan kepastian. 
“Setelah bertanya sen­diri, Sirul Azhar menafikan sekeras-kerasnya tentang maklumat berkenaan termasuk prosiding untuk ha­dir ke mahkamah. 
“Kemudian saya menghubungi Herald Sun Australia dan mereka juga menafikan khabar angin itu. Mereka tidak ada maklumat mahu pun menyiarkan sebarang berita berkaitan Sirul Azhar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 
Tambah Hasnal Rezua, kenyataan palsu itu merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana berpotensi menjatuhkan kredibiliti banyak individu. 
“Saya tidak pasti motif sebenar kenyataan itu dibuat tetapi masyarakat Malaysia diharap dapat menghentikan perkongsian maklumat palsu itu sebelum menjadi perkara yang lebih teruk,” katanya. 
Pada 13 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan sebulat suara menjatuhkan hu­­kuman mati ke atas Sirul Azhar dan Azilah Hadri kerana membunuh Altantuya sembilan tahun lalu namun Sirul Azhar bertindak melarikan diri ke Australia lapor Utusan

Hmm.. kalau tak suka sangat dekat Rosmah tu.. janganlah fitnah sampai macam ni.. rasional sikit di bulan puasa ni...



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails