Friday, July 24, 2015

Lagi ditahan SPRM berhubung skandal 1MDB


Seorang pemilik syarikat perdagangan berusia 28 tahun antara terkini ditahan reman selama 4 hari berhubung siasatan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ariffin Ismail Shahlul Hameed direman hari ini selama 4 hari sehingga 27 Julai.

Timbalan pendakwa raya awam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Sazilee Abdul Khairy memohon perintah reman sehingga 7 hari tetapi majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman hanya membenarkan selama 4 hari.

Ariffin ditahan kira-kira jam 10.45 malam semalam di bawah Seksyen 16 (a) Akta SPRM bagi membantu siasatan, kata jurucakap agensi terbabit.

Difahamkan Ariffin merupakan pemilik perusahaan perdagangan dan syarikatnya terletak di Setapak, Kuala Lumpur.

Ariffin merupakan yang ketiga ditahan berkaitan siasatan berterusan pasukan pertugas khas kerajaan menyiasat 1MDB termasuk penyaluran wang ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Isnin lalu, pasukan petugas khas yang menyiasat dakwaan aliran tunai ke dalam akaun milik Najib, membuat tangkapan pertamanya.

Jerome Lee Tak Loong ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus sebelum menaiki penerbangan ke Taiwan. Lee, 39, diwakili peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, seperti dilaporkan The Straits Times.

Lee dilepaskan hari ini dengan jaminan polis sebanyak RM100,000.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, syarikat Lee mempunyai urus niaga dengan SRC International Sdn Bhd, iaitu sebuah entiti dimiliki 1MDB.

Manakala Pengarah Urusan Ihsan Perdana Sdn Bhd Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman menjadi individu kedua ditahan reman berhubung siasatan ke atas syarikat pelaburan negara sarat hutang itu. 

The Wall Street Journal (WSJ) yang memetik dokumen penyiasat Malaysia melaporkan, aliran itu bermula dengan RM50 juta daripada SRC International, sebelum dipindahkan ke syarikat Gandingan Mentari, dan kemudian ke Ihsan Perdana lapor The Malaysian Insider


Orang-orang yang menyalurkan dana ke dalam akaun itu dah ditahan.. tapi pemilik akaun tu bila SPRM nak tahan untuk soal siasat?


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails