Friday, July 24, 2015

Ibrahim Ali gelak besar sambut 'Katak-katak baru' dari PAS.. (Video Inside)


Datuk Ibrahim Ali menggelarkan pemimpin-pemimpin yang terdiri daripada ahli Pas dalam Gerakan Harapan Baru (GHB) sebagai ‘katak-katak baru’ di Malaysia.

Presiden Persatuan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) itu berkata, beliau tidak menyangka sudah semakin banyak katak-katak di Malaysia ini dan tidak ketinggalan ahli-ahli GHB seperti Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

“Dulu selalu kata saya lompat parti macam katak, sekarang ini saya jemput lebih ramai katak dalam negara ini.

“Saya tidak menyangka orang seperti Mohamad Sabu (Mat Sabu) dan Khalid Samad yang Pas dahulunya, kini beralih.

“Maknanya GHB bukan parti politik, tetapi parti katak,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Perkasa.

Katanya, apa berlaku adalah balasan terhadap mereka yang selaman ini memanggilnya katak.

“Ini soal political game dan juga kuasa Allah. Lihat dulu mereka tuduh saya katak, sekarang mereka jadi katak,” katanya lagi.

Ibrahim menyarankan sebaiknya ahlo Pas itu seperti Mat Sabu dan ahli dalam GHB memasuki DAP. “Saya berkata demikian, sebab GHB ini nampak kuat kerja sama dengan DAP.

“Saya rasa lebih baik mereka masuk DAP. Mat sabu kuat sokong DAP, terutama dalam krisis Pas dengan DAP,” katanya.

Tegasnya, sekiranya Mat Sabu masuk DAP, parti DAP perlu buktikan mereka tidak cauvenis. “Jika ahli-ahli GHB masuk DAP, jawatan-jawatan dalam DAP kena kongsi.

“DAP kena buktikan mereka tidak cauvenis dan baru DAP nampak sama rata, baru multirasional dan ikhlas,” ujarnya lapor Free Malaysia Today...


Tengok video dari KiniTv ni.. gelak besar dia sambil mengutuk pemimpin-pemimpin dari PAS itu yang mahu menubuhkan parti baru..




Tak patut sungguh.. Kah.. kah.. kah..


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails