Sunday, July 12, 2015

GST: Surat terbuka pelajar sekolah untuk Najib


Usia yang masih muda dan masih berada di bangku sekolah bukan alasan untuk tidak mengambil tahu isu yang berbangkit dalam negara.

Itu yang dibuktikan oleh surat ini yang tersebar di laman sosial ini. Maklumat di Facebook menyatakan ia ditulis oleh seorang pelajar sebuah sekolah menengah.

Difahamkan, ia pada mulanya dimuat naik ke sebuah closed group untuk guru-guru di Facebook sebagai contoh jawapan.

Namun isi kandungan surat berkenaan yang jujur dan menyentuh hati pantas menjadikan ia viral.

Surat berkenaan merupakan satu tugasan daripada guru subjek Bahasa Inggeris, dengan arahannya berbunyi, "Tulis satu mesej ringkas untuk Perdana Menteri tentang GST".

Dalam surat tersebut, pelajar bernama Norfatihah Rahimee itu memaklumkan dia merupakan anak yatim, berasal daripada keluarga yang susah serta punya adik beradik yang ramai.

Kata Fatihah, dia dapat merasakan beban yang ditanggung keluarganya selepas GST dilaksanakan. Dia juga menaruh harapan agar kerajaan dapat melakukan sesuatu untuk mengurangkan beban yang ditanggung rakyat.

Cukai Barang dan Perkhidmatan, GST pada kadar enam peratus mula dilaksanakan 1 April lepas bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (CJP) yang berkadar keseluruhan 16 peratus.


Laporan di atas itu datangnya dari AstroAwani 

Hmm.. Budak Sekolah pun tahu GST ni membebankan..

Tapi yang aku hairan.. macai-macai tu bermati-matian menyokong GST walaupun depa tak cukup makan dan terbeban.. dan masih tak mahu akui GST tu membebankan..

Dah tu nak salahkan golongan peniaga pula, kononnya peniaga ambil kesempatan naikkan harga barang..

Tapi kalau tak dilaksanakan GST.. adakah peniaga punya alasan untuk menaikkan harga barang beramai-ramai?

Errrr... mungkin macai tak Sekolah kot?


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails