Wednesday, July 8, 2015

Eh..eh.. hari ni dah hari Rabu la Najib

Pada 5hb Julai ataupun hari Ahad yang lalu... Astro Awani yang memetik laporan dari The Star telah melaporkan..

Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan saman terhadap Wall Street Journal (WSJ) pada Selasa berhubung laporan mengaitkan beliau dalam dakwaan penyelewengan wang berjumlah RM2.6 bilion, lapor portal berita The Star Online.

Portal itu memetik sumber yang rapat dengan Perdana Menteri bahawa Najib akan membuat pengumuman menangani perkara berkenaan dalam satu majlis di Semenyih petang ini.

"Beliau akan memfailkan saman itu melalui peguamnya di Kuala Lumpur," sumber itu dipetik sebagai berkata. Perdana Menteri dijadualkan mengadakan sidang media di Masjid Bandar Rinching, Semenyih pada pukul 6.15 petang nanti.

Jumaat lalu, WSJ menyiarkan laporan yang mendakwa dana hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Dalam kenyataan menjawab tuduhan tersebut, 1MDB menafikan dan menegaskan tidak ada dana dipindah ke dalam akaun peribadi Najib.

Najib juga dalam kenyataan di laman Facebooknya menafikan dakwaan tersebut dan mendakwa mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bekerjasama dengan pihak asing untuk menjatuhkan beliau.

Setiausaha politik Najib, Datuk Khairun Aseh dalam kenyataannya kepada Sinar Harian pada Sabtu menegaskan laporan itu merupakan satu fitnah jahat.....


Eh..eh.. hari ni dah hari Rabu la Najib.. Selasa bila, Selasa minggu depan atau Selasa lepas Raya atau Selasa tahun depan?

Semalam aku tunggu berita sampai 12.30 malam.. tak ada pun dalam laporan berita mengatakan Najib saman WSJ..


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails