Monday, July 27, 2015

Bukan USD700 juta tapi USD1 bilion, dakwa Azmin


PKR mendakwa sejumlah USD1 bilion wang 1Malaysia Development Sdn Bhd (1MDB) dipindahkan ke akaun peribadi milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukannya USD700 juta seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Menurut Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, jumlah itu sangat besar dalam sejarah negara untuk seorang Perdana Menteri.

Najib-1MDB“Kita sebelum ini ingat jumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi USD700 juta.

“Angka terbaru yang saya perolehi daripada ‘authority’ USD1 bilion dimasukan ke dalam akaun Perdana Menteri,” katanya di Pulau Pinang.

Katanya, masalah 1MDB menyumbang kepada kejatuhan nilai Ringgit serta menggugat kedatangan pelabur ke Malaysia.

“Keadaan ini dijangka mengakibatkan peniaga mengambil keputusan menutup perniagaan akibat terpaksa menanggung kerugian besar,” katanya lapor SelangorKini


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails