Sunday, July 19, 2015

Bukan aku sorang yang rasa bagaikan bersolat Hari Raya di Bangladesh rupanya...


Aku ingat aku sorang saja yang merasakan bagai menunaikan solat Hari Raya di Bangladesh tapi wartawan Astro Awani pun sama..

Nampaknya suasana di kebanyakkan Masjid yang berdekatan dengan pusat bandar atau kawasan-kawasan Industri hampir sama dengan suasana di MasjidJamek Kuala Lumpur..

Apa yang dia rasa sama dengan apa yang aku rasa.. rasa macam berada di negara orang pulak sedangkan aku berada di negara tanah airku sendiri..

Aku sampai agak awal ke Masjid pada pagi Hari Raya yang pertama, bila aku masuk ke dalam Masjid dan duduk ditengah-tengah Masjid.. aku rasa bagaikan berada di sebuah Masjid di Bangladesh..

Sebabnya bila aku toleh ke kiri nampak Bangla.. toleh ke kanan pun nampak Bangla.. toleh ke belakang juga Bangla yang menjadi majoriti di awal pagi itu..

Ramai sungguh mereka ini.. walaupun mereka pendatang asing.. aku pulak yang terasa terasing..


Cuba kita bayangkan andaikata ura-ura yang Zahid Hamidi war-warkan yang mengatakan Kerajaan akan membawa masuk kira-kira 1.5Juta lagi warga Bangladesh ke negara kita ini..

Bahagikan dengan 222 Parlimen yang ada..  222 Kawasan Parline tu bahagikan pula dengan lebih kurang 20 buah Masjid bagi setiap Parlimen..

Ada lebih dari 300 warga Bangladesh akan menjadi jemaah baru kepada setiap Masjid itu..

Tak ada masaalah kehadiran mereka ke Masjid-masjid itu kerana mereka satu akidah dengan kita lagipun di Padang Mahsyar nanti Bangsa atau Warganegara tidak ada..

Cuma ini menimbulkan rasa kurang selesa jemaah-jemaah yang hadir terutamanya ketika khutbah dibacakan, ada diantara mereka yang bersembang riuh-rendah kerana mereka kurang memahami apa yang disampaikan oleh Khatib.

Kehadiran mereka yang disesetengah Masjid boleh dikatakan satu per empat dari jumlah jemaah juga meninbulkan rasa kurang selesa bagi jemaah wanita..

Apa yang aku rasa ini juga dirasakan oleh seorang wartawan Astro.. bacalah!!


BAGAIKAN bersolat Hari Raya di Bangladesh. 

Itu perkara pertama, terlintas di fikiran sebaik menjejak masuk ke Masjid Jamek Kuala Lumpur di Jalan Tun Perak, pada 1 Syawal untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Manakan tidak, di depan dan belakang, di kiri dan kiri hanya kelibat warga Bangladesh yang kelihatan hampir memenuhi setiap saf di masjid berkenaan.

Terfikir, ke mana perginya warga kota? “Mungkin ramai yang sudah balik ke kampung berhari raya bersama keluarga dan sanak saudara, kecuali penulis yang perlu bertugas di Aidilfitri ini.

Ini menjadikan, yang tinggal di ibu negara, majoritinya warga asing, termasuk Bangladesh.

Bilangan mereka yang terlalu ramai menjadikan diri ini kekok dan rasa terasing, seolah-olah ketika itu, berada di Bangladesh.

Sedangkan, warga Bangladesh itu, kelihatan terlalu selesa seperti di negara sendiri. Ia mengimbas kembali pengalaman mengunjungi Masjid Nasional Bangladesh, Baitul Mokkarram beberapa tahun lalu.

Namun, sebaik khatib memulakan khutbah Aidilfitri di dalam Bahasa Malaysia, menyedarkan penulis, bahawa diri ini masih berada di bumi Malaysia yang bertuah.

Selepas solat, apa yang menarik disaksikan, komuniti warga Bangladesh yang besar, sambil memparagakan kepelbagaian pakaian tradisional negara itu yang berwarna warni.

Bukan sahaja mereka menyapa, bersalaman dan saling berpelukan seolah-olah mengenali antara satu sama lain, sambil mengucapkan selamat menyambut hari raya.

Agaknya mungkin sudah menjadi tradisi, mereka bergambar sama ada secara berkumpul atau selfie tanpa menghiraukan keadaan yang sesak ketika jemaah berpusu-pusu keluar meninggalkan masjid.

Selain menggunakan telefon pintar untuk merakamkan detik-detik menarik, ada yang membawa kamera DSLR untuk bergambar.

Ramai abang-abang Bangladesh ini juga dilihat begitu pemurah apabila mengeluarkan sejumlah wang seringgit daripada kocek masing-masing untuk disedekahkan kepada fakir miskin yang menunggu di luar pagar masjid.

Tanya ragu-ragu mereka turut mengagihkan wang itu kepada bukan Islam.

Penulis kemudian menjengah sebentar di sebuah restoran mamak berhampiran untuk sarapan pagi.

Melangkah masuk ke restoran berkenaan, mata tertumpu kepada wajah-wajah Bangladesh yang sudah memenuhi setiap kerusi di restoran berkenaan dan sekali lagi dirasakan, penulis bagaikan tersesat ke negara lain.

Namun, dirasakan diri ini kembali berada di Malaysia, apabila di satu sudut, seorang warga Bangladesh memanggil pelayan restoran dengan panggilan “boss (panggilan mesra warga tempatan bagi pelayan restoran mamak), teh tarik satu, milo kosong satu, roti canai banjir dua”.

Di meja lain, terdengar suara meminta “boss, kopi kaw satu, teh o nipis satu dan nasi goreng kampung pedas dua”

Nampaknya, mereka bagaikan sudah menyesuaikan diri dan mengikuti apa yang warga tempatan lakukan.

Berikutan ketiadaan meja yang kosong, penulis berkongsi dengan dua abang Bangladesh dikenali hanya sebagai Rahim dan Mohd.

Bagi Rahim yang sudah lebih sembilan tahun berada di Malaysia, manakala Mohd hampir genap 10 tahun, mereka sedih untuk meninggalkan negara ini kerana tempoh permit yang akan tamat.

Ini kerana, Malaysia bagaikan rumah kedua buat mereka.

Selesai bersarapan, penulis berjalan semula ke pejabat di Bukit Kewangan dan di perjalanan itu teringatkan seorang seorang wartawan di Astro Awani yang saling tidak tumpah mempunyai wajah Bangladesh.

Jika dikenakan pakaian tradisi Bangladesh dan bergaul bersama dengan warga negara itu, rasanya tidak terkejut jika mungkin ramai yang menganggapnya berasal dari negara itu.

Mahu tidak mahu, wajah-wajah warga Bangladesh itu akan terus kekal menjadi sebahagian daripada komuniti masyarakat antarabangsa di negara ini.

Lebih-lebih lagi Malaysia bercadang membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun.

Tidak mustahil kehadiran mereka bakal membentuk satu komuniti baru Malaysia-Bangladesh menerusi perkahwinan campur dan menjadi sebahagian daripada rakyat “Malaysia Tanahair Ku” ~ AstroAwani

Inilah Malaysia tanah airku..

Negara maju membawa masuk tenaga-tenaga proffesional dari negara ketiga.. untuk membolehkan negara mereka menguasai pengeluaran berasaskan teknologi tinggi..

Tapi negara kita pula membawa masuk siapa saja tak peduli apa hanya kerana nak kaut keuntungan dari levi yang dikenakan terhadap mereka..

Rakyat selesa atau tidak itu bukan persoalan....


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails