Tuesday, July 7, 2015

Biar betul.. 3 dari 6 akaun dibekukan Pasukan Petugas Khas 1MDB adalah milik Najib?


Pasukan petugas khas yang ditubuhkan bagi menyiasat syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini sudah membekukan 6 akaun bank dengan perintah pembekuan dikeluarkan pada 6 Julai lalu.

Dalam satu kenyataan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara, Bank Negara, dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), pasukan berkenaan turut mengambil dokumen berkaitan 17 akaun daripada 2 bank.

"Perintah pembekuan 6 akaun bank pihak-pihak yang dipercayai terlibat dalam kes ini dikeluarkan pada 6 Julai, 2015.

"Selain itu, pasukan petugas khas juga mengambil dokumen-dokumen berkaitan 17 akaun dari 2 buah bank bagi membantu siasatan," kata kenyataan bersama itu.

Sabtu lalu Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengatakan pasukan petugas khas sudah memulakan siasatan selepas The Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan berbilion ringgit wang 1MDB dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pasukan petugas khas juga dalam kenyataan itu menyatakan mengambil dokumen-dokumen melibatkan isu ketidakpatuhan peraturan-peraturan dan kaedah Bank Negara Malaysia oleh bank terbabit.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menamakan bank berkenaan.

"Siasatan masih berjalan, justeru, pasukan petugas khas menyeru kepada semua pihak agar memberi kerjasama sepenuhnya bagi melengkapkan siasatan.".. laporan penuh sila baca di SINI


Bagaimanapun beberapa ketika kemudiannya The Malaysian Insider melaporkan 3 dari 6 akaun yang dibekukan itu adalah milik Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Najib Tun Razak..

Berikut adalah laporannya...


Tiga daripada 6 akaun bank yang dibekukan oleh pasukan petugas khas semalam dimiliki Datuk Seri Najib Razak, ketika siasatan diteruskan terhadap kes wang berbilion ringgit didakwa dipindahkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

Sumber mendedahkan kepada The Malaysian Insider, 2 daripada akaun itu ialah daripada Ambank dan Affin Bank.

Pembekuan itu berlaku selepas laporan The Wall Street Journal (WSJ) mendakwa Khamis lepas sejumlah AS$700 juta (RM2.67 bilion) daripada syarikat-syarikat berkaitan 1MDB didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.

Terdahulu hari ini, satu kenyataan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara, Bank Negara Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyatakan pasukan yang ditubuhkan bagi menyiasat syarikat sarat hutang itu kini membekukan 6 akaun bank dengan perintah pembekuan dikeluarkan semalam.

Menurutnya, pasukan berkenaan turut mengambil dokumen-dokumen berkaitan 17 akaun daripada 2 buah bank bagi membantu siasatan.

Pasukan itu juga mengambil dokumen-dokumen melibatkan isu ketidakpatuhan peraturan-peraturan dan kaedah Bank Negara Malaysia oleh bank terbabit.

Tindakan pihak berkuasa itu dipercayai berkaitan dengan laporan WSJ itu serta laman pemberi maklumat Sarawak Report yang mendedahkan mengenai pemindahan wang berbilion ringgit ke akaun-akaun peribadi Najib.

Pada Sabtu, Gani dilaporkan berkata, pasukan itu sedang meneliti dokumen yang diambil dalam serbuan di premis pejabat SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.

Tiga syarikat itu juga dinamakan oleh WSJ dalam laporannya.

Najib setakat ini menafikan tuduhan itu, mengatakan ia helah politik dirancang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang selama ini berusaha mahu menyingkirkan beliau.

Akhbar terbitan New York itu bagaimanapun bertegas mengatakan laporan mereka dibuat berdasarkan dokumentasi yang kukuh lapor The Malaysian Insider

Dokumen aliran wang ke akaun Najib yang didedahkan WSJ silalah lihat di SINI


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails