Thursday, July 9, 2015

Bagi mengelakkan Najib dan 1MDB terus dipermain rakyat Malaysia.. SKMM keluarkan amaran ini?


Semuanya bermula apabila admin Twitter Astro Awani @501Awani meminta follower nya membayangkan jika skandal 1MDB menjadi filem dan bertanya apakah tajuk yang sesuai..

Rentetan dari itu beratus-ratus individu yang memiliki akaun di laman Twitter dan menjadi 'follower' kepada Twitter Astro Awani membalasnya dengan pelbagai nama dan disertakan dengan gambar sekali.

Berbagai tajuk yang diberikan kebanyakkannya diubahsuai dari tajuk-tajuk filem yang popular..

Antara tajuk filem yang digunakan bersertag #1MDBMovies termasuklah “Honey I Shrunk The Ringgit” (Honey, I Shrunk The Kids), “The Wolf of Wall Street Journal” (The Wolf of Wall Street),

“Forty-two Billion Shades Of Debt” (Fifty Shades of Grey) dan “I Know What You Did Last Election” (I Know What You Did Last Summer).

Beberapa poster filem juga diubahsuai di bawah #1MDBMovies, seperti Martin Scorsese “The Wolf of Wall Street” yang menunjukkan gambar Najib bukannya Jordan Belfort dan tajuk ditukar menjadi, “The Wolf of Wall Street Journal”, beserta dengan rating 18+ yang mengatakan “Contains High Corruption”. 


Poster filem lain yang turut diubah suai ialah “The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring” menampilkan Najib bukannya Frodo Baggins memerhatikan satu cincin ditangannya dengan tajuk  “The Lord of the Ringgits: The Fellowship of 1MDB”, disertakan dengan perkataan “The disappearance of RM42b”.


Dan berbagai tajuk lagi.. nak tahu tajuk apa lagi lihatlah  di SINI

#1MDBMovies itu tiba-tiba menjadi trending di laman Twitter berikutan ianya mendapat sambutan ramai..

Kemudiannya BBC News memetik dan menjadikannya laporan mereka..


Dipercayai bagi mengelakkan Najib terus dipermainkan oleh rakyat Malaysia dan seluruh dunia pula kali ini berikutan tersiarnya laporan mengenai #1MDBMovies itu pihak SKMM dengan pantas mengeluarkan amaran.. 

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan gambar-gambar yang telah diubah suai, berita yang tidak sahih atau sebarang spekulasi berhubung isu badan pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menerusi laman sosial.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi sebuah kenyataan berkata, adalah menjadi satu kesalahan apabila berkongsi atau menyebarkan kandungan sedemikian.




Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails