Friday, July 10, 2015

Alahaiii.. Najib silap langkah lagi..


Kononnya dia bercakap untuk menyakinkan rakyat Malaysia bahawa Pasukan Petugas Khas 1MDB yang sedang menjalankan siasatan itu adalah bebas dan tidak menerima arahan darinya..

Tapi bila Najib bercakap pada 8hb Julai yang lalu mengulas mengenai Pasukan Petugas Khas itu.. terserlah Pasukan tersebut tidak bebas dan menerima arahan dari Najib sendiri..

Kata Najib “Siasatan sedang dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas untuk menentukan sama ada tuduhan yang dibuat oleh Wall Street Journal bahawa saya telah mengambil dana 1 MDB untuk kepentingan diri sendiri berasas atau tidak. Siasatan mesti mengambil kira kesahihan dokumen yang telah disiarkan bagi menyokong tindakan akhbar tersebut.”

Jadi tak salahlah kalau Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kata, tindakan Najib hanya memakan dirinya sendiri.

Katanya, Najib tersilap langkah apabila beliau sendiri menerangkan skop siasatan pasukan petugas khas itu yang sedang menyiasat dakwaan mengenai penyaluran dana kepada akaun-akaun bank yang didakwa dimiliki Najib.

“Kenyataan Najib pada 8 Julai lalu hanya mengundang persepsi bahawa pasukan tersebut tidak bebas, sedang menerima arahan, atau melaporkan penyiasatan kepada Najib.

“Selaku orang yang sedang dituduh di dalam kes ini, tindakan itu tidak betul dalam usaha Najib membersihkan namanya,” katanya dalam satu kenyataan media..

Berikut adalah kenyataan media tersebut...

Najib tersilap langkah lagi 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini tersilap langkah lagi apabila beliau sendiri yang menerangkan skop siasatan Pasukan Petugas Khas yang sedang menyiasat dakwaan mengenai penyaluran dana kepada akaun-akaun bank yang didakwa dimiliki beliau. 
“Siasatan sedang dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas untuk menentukan sama ada tuduhan yang dibuat oleh Wall Street Journal bahawa saya telah mengambil dana 1 MDB untuk kepentingan diri sendiri berasas atau tidak. Siasatan mesti mengambil kira kesahihan dokumen yang telah disiarkan bagi menyokong tindakan akhbar tersebut.” – Kenyataan PM, 8 Julai 2015 
Kenyataan di atas mengundang persepsi bahawa Pasukan Petugas Khas tidak bebas, sedang menerima arahan, atau melaporkan penyiasatan kepada Najib, selaku orang yang sedang dituduh di dalam kes ini. Ini tidak betul dan tidak baik untuk usaha Najib membersihkan namanya. 
Tindakan ini lebih buruk daripada hakikat bahawa empat individu yang mengetuai pasukan siasatan ini iaitu Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pengerusi SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed, and Bank Negara governor Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekerja di bawah beliau. 
Oleh itu, PAS sekali menegaskan Najib perlu bercuti segera agar siasatan dilihat bersih. Jika tidak, Najib akan kelihatan bermasalah meskipun pasukan siasatan mendapati dakwaan ke atas beliau tidak benar. 
Najib berulang kali menegaskan beliau tidak mengambil dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri. Ada dua isu fokus yang masih belum dijawab dengan kenyataan di atas – apakah ada dana 1MDB yang disalurkan melalui akaun-akaun yang didakwa milik beliau? Jika ya, untuk kepentingan siapa, jika Najib bercakap benar bahawa ia bukan kepentingan diri sendiri? 
Oleh itu, skop siasatan Pasukan Petugas Khas bukan sahaja perlu menentukan samada kebenaran dakwaan samada ada dana 1MDB yang dimasukkan ke akaun-akaun bank yang didakwa milik Najib – malah pasukan ini juga harus menentukan ke manakah dana itu disalurkan seterusnya daripada akaun-akaun bank tersebut. 
Apakah ada cek-cek yang dikeluarkan daripada akaun-akaun tersebut, dan siapa penerimanya untuk kepentingan siapa? Diharap siasatan dapat diselesaikan secepat mungkin untuk mengelakkan negara dan rakyat terus berada dalam keadaan gawat dan kebimbangan. Atas ini, selain menyerbu pejabat 1MDB, PAS mencadangkan agar akaun 1MDB juga dapat dibekukan untuk membantu mempercepatkan siasatan.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
9 Julai 2015

Siapalah penasihat Najib ni?.. teruk sungguh dah jadinya..


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails