Sunday, June 21, 2015

Siapa pulak tolong cat Pusat Khidmat ADUN Komtar pagi-pagi buta ni?


Pusat Khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri Komtar, Teh Lai Heng di Jalan Talipon di sini disimbah dengan cat hitam dan dipercayai cuba dibakar awal pagi Sabtu.

Difahamkan ia merupakan kejadian kali kelima ke atas pejabat berkenaan yang sebelum ini pernah dijadikan Ibu Pejabat DAP Pulau Pinang.

Lai Heng ketika dihubungi berkata, beliau menyedari pusat khidmatnya disimbah cat ketika mahu membuka pejabat di rumah dua tingkat berkenaan kira-kira pukul 10 pagi.

Beliau berkata terdapat kesan cat hitam di hadapan pust itu dan beliau turut menjumpai satu botol plastik yang terdapat kesan terbakar di hadapan pejabatnya.

"Sebaik saya tiba pagi ini, jiran sebelah bangunan datang memaklumkan yang dia terdengar bunyi motosikal melalui kawasan pejabat saya kira-kira pukul 3.30 pagi.

"Bagaimanapun dia tidak mengesyaki apa-apa dan hanya menyedari pejabat saya disimbah cat pagi ini," katanya.

Beliau berkata pembantunya telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid mengesahkan pihaknya menerima laporan itu dan siasatan sedang dijalankan lapor mStar


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails