Friday, June 26, 2015

Semoga Mokhtar Senik terasa dengan ulasan Dr Maza tentang mimpi bertemu Nabi ni...


Mokhtar Senik ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan ketua Dewan Ulama PAS Pahang dalam Facebooknya menulis, antara hiburan Allah kepada mereka semasa di dalam tahanan ISA di Kamunting adalah mimpi-mimpi yang indah.

"Antaranya kami dikurniakan mimpi bertemu Rasulullah SAW. Sepanjang tiga tahun lebih ditahan di situ, berpuluh kali saya bermimpi di datangi Saidina Umar Alkhattab," tulis Mokhtar mengenai pengalaman ditahan kerana terlibat dengan kumpulan Al Maunah pada 2000 yang dituduh cuba melancarkan perang terhadap Yang Dipertuan Agong pada ketika itu.

Tulisan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS itu menjadi viral di media sosial sejak kelmarin.

Pelbagai pihak membuat pelbagai posting mengulas dan menyindir tulisan Mokhtar, yang juga ketua Dewan Ulama PAS Pahang itu. Pelbagai pihak membuat posting di dinding Facebook masing-masing bagi mengulas atau menyindir Mokhtar yang bersama kem Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pemilihan lalu.

Nur Hadi Mohamad menulis, "Malam ni semua pakat berangan nak mimpi jumpa nabi atau sahabat nabi macam 'ulamak PAS'. Esok pagi boleh update kat FB bagitau semua orang. "Yang aku pelik macam mana boleh yakin sangat orang yang dia jumpa dalam mimpi tu betul-betul nabi atau sahabat nabi."

Seorang lagi pengguna Facebook Zizie Ali menulis: "Untuk PRU akan datang, saya dah hampir buat keputusan. Kalau semua calon di kawasan saya mendakwa mereka bermimpi jumpa nabi, saya mungkin tidak akan pergi mengundi."

Sementara Sharifah Zehra Irdina pula menulis di Facebooknya: "Tidurlah, mana tahu mimpi jadi bini Mokhtar Senik."

"Mokhtar Senik mimpi jumpa Nabi dan para sahabat berkali-kali sampai lupa mau kira. Apa kelas Mursyidul Am baru mimpi takat jumpa kelibat Nabi. Apa kelas makam Presiden takat baru jumpa dua tiga kali,” tulis Sohaimi Ali merujuk kepada Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dan Hadi .. antara yang dilaporkan The Malaysian Insider

Berikut adalah ulasan dari Dr. Maza mengenai posting Mokhtar Senik yang dikatakan seorang Ulama itu..

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar mereka yang mendakwa bertemu Nabi Muhammad dalam mimpi, selepas kiriman Facebook ketua Dewan Ulama PAS Pahang mengundang cemuhan pengguna media sosial.

Mereka yang suka mendakwa bermimpi jumpa dengan Nabi Muhammad tertipu dengan perangkap syaitan sehingga mendatangkan sifat riak, kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Asri berkata, mereka yang membuat dakwaan sebegini sering memiliki tujuan tertentu seperti menambah pengaruh diri, mengumpulkan harta orang ramai untuk diri sendiri, menyokong puak atau aliran tertentu serta tujuan politik kepartian. 
"Bukan sedikit dalam sejarah golongan yang menyeleweng menggunakan dakwaan sebegini untuk menaikkan diri sendiri dan menyokong aliran yang mereka dokongi," tulisnya dalam laman Facebook hari ini. 
Komen itu dipercayai sebagai respons terhadap kiriman Facebook Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Mokhtar Senik yang mendakwa bermimpi bertemu Nabi Muhammad dan sahabat baginda Umar Al-Khattab berpuluh kali ketika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri di Kamunting, Perak.

Asri berkata, syaitan tidak boleh meniru ataupun menyerupai Nabi, namun syaitan boleh menyerupai yang lain untuk disangka Nabi datang dalam mimpi mereka. 
"Lalu ada kalangan mereka yang tertipu itu mendakwa di depan orang ramai untuk satu kemasyhuran diri ataupun riak mereka bermimpi Nabi. 
"Padahal mereka lupa, riak adalah penyakit daripada suntikan syaitan dan mereka jatuh ke dalam perangkap syaitan," katanya. Mokhtar, yang pernah ditahan ISA kerana terlibat dengan kumpulan Al Maunah pada 2000 yang dituduh cuba melancarkan perang terhadap Agong, menulis pengalamannya, dan berkata antara hiburan Allah kepada mereka semasa dalam tahanan ialah mimpi indah. 
"Antaranya kami dikurniakan mimpi bertemu Rasulullah. Sepanjang 3 tahun lebih ditahan di situ, berpuluh kali saya bermimpi didatangi Saidina Umar Alkhattab," tulis ketua Dewan Ulama PAS Pahang itu. 
Bagaimanapun, Mokhtar kemudiannya memadam posting tersebut selepas ia mengundang sindiran pengguna media sosial lain.



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails