Saturday, June 13, 2015

Sebelum tampil bela Farah Ann tu.. Khairy patut baca apa Harussani kata ni..


“Dalam gimnastik, Farah Ann Abdul Hadi memperoleh emas kerana berjaya mengagumkan juri dengan persembahannya.

“Dalam perbuatannya, hanya Tuhan saja yang akan menghakimi beliau. Bukan kamu. Jangan ganggu atlet kami,” tulis Khairy dalam Twitter malam tadi...

Nak pertahankan pun tengok keadaanlah Khairy.. kita ni orang Islam.. kalau semua nak dibiar Allah menghakimi tak perlulah ada undang-undang dalam dunia ni..

Jangan sampai dilihat kurang bijak dan jahil kerana mempertikaikan isu yang sudah jelas dalam hukum Islam, jangan bermain dengan hukum Islam, agama Islam tidak pernah kata kita boleh menunjukkan aurat kepada orang.

Itu kata Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria..

Ni laporan penuhnya..

KUALA LUMPUR: Mana-mana individu beragama Islam tidak boleh sewenang-wenangnya mempertikaikan hukum menunjukkan aurat kepada bukan muhrim yang sudah jelas termaktub di dalam al-Quran dan Hadis termasuk larangan membuka aurat di dalam isu sukan.

Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, isu itu seharusnya sudah jelas sejak berzaman dan tidak terlalu terikut-ikut dengan konsep serta cara pemakaian yang diperkenalkan negara Barat.

"Gimnastik bukan untuk wanita Islam, menunjukkan aurat dan bentuk tubuh badan sudah jelas haram hukumnya bagi mereka. Jika mahu juga menyertainya, gimnas berkenaan perlu mencari serta memakai pakaian yang menutup aurat dan sekali gus mungkin tidak sesuai dengan sukan berkenaan.

"Memang itu yang seharusnya, bukan sahaja gimnas, ia termasuk sukan lain seperti bolasepak kepada lelaki, sepatutnya seluar melepasi paras lutut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dr Harussani mengulas sikap pengguna media sosial yang menyelar gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi selepas gambarnya dimuat naik di laman Facebook sebuah stesen televisyen dengan dengan penampilan pakaian ketat gimnastik yang dikatakan menampakkan lurah faraj.

Aurat merupakan bahagian badan yang tidak boleh dilihat oleh orang ramai (seluruh badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan bagi perempuan dan di antara pusat dgn lutut bagi lelaki) menurut hukum Islam.

Sebelum ini, Pakar Psikologi di Jabatan Psikologi Perkembangan Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya (UM) Prof. Madya Dr. Mariani Mohd. Nor meminta masyarakat bersikap adil terhadap gimnas berusia 21 tahun itu yang dikatakan memuat naik gambar menunjukkan lurah farajnya setelah memenangi pingat emas pada Sukan SEA di Singapura baru-baru ini.

Kata Dr. Mariani, sifat menghentam dan suka melihat keburukan orang lain dilihat satu fenomena biasa yang berniat sengaja untuk tujuan sensasi.

Dalam pada itu, ketika ditanya reaksi pengguna media sosial yang mempertikaikan pemakaian Farah, ini kata Dr Harussani;

"Mereka itu kurang bijak kerana suka mempertikaikan isu yang sudah jelas dalam hukum Islam, jangan bermain dengan hukum Islam, agama tidak pernah kata kita boleh menunjukkan aurat kepada orang." lapor AstroAwani



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails