Tuesday, June 16, 2015

'Pahlawan Bugis' tidak muncul jelas isu 1MDB semasa penggulungan Dewan Rakyat


Datuk Seri Najib Razak tidak hadir ke Dewan Rakyat untuk sesi penggulungan Kementerian Kewangan mengenai Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) pada ketika ahli Parlimen Pakatan Rakyat menanti untuk menyoal mengenai syarikat pelaburan kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebaliknya, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang menggantikan beliau di Dewan Rakyat hari ini.

Husni semasa penggulungan memberi penerangan mengenai aset dan langkah penstrukturan melibatkan 1MDB, khususnya langkah untuk mencairkan aset bagi menampung hutang.

Ahli Parlimen PAS Sepang, Mohamed Hanipa Maidin menyindir Najib dengan bertanya mengapa "pahlawan Bugis" tidak hadir ke Dewan walhal mengatakan sebelum ini beliau tidak ada apa yang hendak disembunyikan.

"Saya ucapkan tahniah kepada Menteri Kewangan Kedua kerana berani, ini berbeza dengan pahlawan Bugis yang mengatakan 'nothing to hide'," kata Hanipa.

Sementara itu, beberapa ahli Parlimen PR lain juga aktif menanyakan soalan kepada Husni, termasuk wakil rakyat DAP Kluang Liew Chin Tong yang menyoal sama ada skandal 1MDB merupakan punca kejatuhan mata wang negara.

Sementara itu, ahli Parlimen PKR Bayan Baru Sim Tze Tzin juga bangkit mempersoalkan beberapa isu mengenai transaksi melibatkan 1MDB, menggesa Husni menjawab dakwaan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai skandal di Terengganu ~ The malaysian Insider

Dalam masa yang sama 1MDB dilaporkan membayar bunga RM2.7 bilion setahun ..

Syarikat pelaburan strategik 1Malayia Development Berhad (1MDB) membayar bunga berjumlah RM2.7 bilion setahun kepada bank untuk melunaskan hutang berjumlah RM42 bilion yang terkumpul sejak enam tahun lalu, menurut Kementerian Kewangan hari ini.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata sewaktu menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin di Dewan Rakyat hari ini.

“Jika jumlah hutang tersebut adalah RM42 bilion, jumlah bunga adalah RM2.4 bilion hingga RM2.7 bilion setahun,” katanya.

Hanipa mengemukakan soalan mengenai jumlah bunga yang perlu dibayar oleh 1MDB sebulan untuk melunaskan hutang yang ditanggung syarikat pelaburan strategik itu.



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails