Wednesday, June 10, 2015

Nothing2Hide: Akhirnya Najib dedahkan sebab beliau tidak hadir..


Akhirnya Perdana Menteri yang mendakwa dalam dirinya itu ada darah Pahlawan mendedahkan juga sebab sebenar beliau tidak muncul dalam Majlis 'Dialog PM bersama NGO, Nothing2Hide' baru-baru ini..

Malangnya dalam pendedahannya beliau langsung tidak menyebut tentang faktor keselamatan dan juga kononnya beliau sudah bersedia untuk menghadiri dialog tersebut.

Jadi ianya membuktikan alasan yang disediakan oleh KPN dan juga Shahidan tak lebih dari satu alasan untuk menyembunyikan hakikat bahawa Najib takut untuk berdepan dengan Mahathir.

Dalam cubaannya untuk memperbodohkan rakyat KPN mendakwa ada ancaman keselamatan yang cukup serius untuk Najib disitu..

Katanya..

"Arahan pembatalan ini saya keluarkan mengikut Seksyen 103 Kanun Prosedur Jenayah selepas mendapat maklumat terdapat ancaman keselamatan, walaupun keputusan itu tidak disenangi Perdana Menteri pada awalnya," 
"Setelah mengkaji maklumat ini, pihak kami mengesahkan memang terdapat ancaman yang cukup serius," 
"Tidak payahlah saya bagi tahu siapa tetapi memadai kami ada maklumat sahih mengenai perkara ini dan kita akan pantau kumpulan ini...Dan jika perlu ambil tindakan tindakan, kita akan ambil,"

Tapi.. Mahathir mendedahkan ancaman itu hanyalah Ali Tinju yang mencetuskan kekecohan di hadapan pintu masuk dewan.

Rentetan dari alasan yang dicipta KPN itu.. menyahutlah Menteri yang kerjanya membodek Rosmah dan Najib, Shahidan Kassim..

Katanya..

"Apa yang berlaku bukan silap ahli Parlimen Pekan (Najib). Memang beliau bersedia, tetapi ini arahan ketua polis negara, kerana dasar keselamatan,"

Semoga kedua-dua mereka dinaikkan pangkat dan gaji.. kalau tak naik pangkat atau gaji.. pencen nanti dilantik jadi Pengerusi mana-mana GLC yang ada..

Berikut adalah sebab Najib tak hadir ke forum tersebut...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan alasan menjaga nama baik Umno bagi mempertahankan tindakannya tidak muncul pada satu dialog terus terang dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada 5 Jun lalu. 
Alasan itu dinyatakan dalam tulisan terbaru di blognya hari ini selepas beliau dikritik ramai kerana tidak hadir program di ibu pejabat Umno sendiri selepas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut hadir pada majlis yang sama. 
"Sebagai seorang perdana menteri, memang tidak wajar untuk debat seperti ini diadakan secara terbuka di khalayak ramai dengan bekas perdana menteri, dan dari parti politik yang sama. 
"Ia tidak membawa sebarang kebaikan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN). 
"Saya sebagai perdana menteri dan presiden Umno, bertanggungjawab menjaga nama baik kerajaan dan parti," tulisnya dalam rencana bertajuk "Dialog PM Bersama NGO-NGO", hari ini. 
Najib turut menyalahkan perubahan format majlis itu yang dakwanya, akan memburukkan lagi pertembungan politik di antara beliau dan Dr Mahathir. 
"Majlis ini bertukar format; daripada satu majlis dialog tertutup kepada majlis pembahasan terbuka. Perubahan-perubahan seperti ini akan mengakibatkan majlis ini menjadi pencetus konfrontasi politik terbuka antara Tun Mahathir dengan saya," katanya. 
Namun, Najib menegaskan beliau masih tidak gentar dan sedia berdepan dengan Dr Mahathir. 
"Tun Mahathir berhak bertanya dan saya sanggup memberi penjelasan kepada beliau.

"Ini saya lakukan agar perkara munasabah yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir dapat dijelaskan," katanya lapor The Malaysian Insider

Ha.. ha.. ha.. Cakap besar lagi dia.....


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails