Monday, June 1, 2015

MAS hantar surat penamatan perkhidmatan kepada 20,000 kakitangannya..


Pada 12 Oktober 1937, sebuah syarikat perkapalan enjin stim singapura yang berpusat di Liverpool dan Imperial Airways telah menghantar permohonan kepada kerajaan penjajah di Pulau Pinang dan Singapura untuk memulakan penerbangan berjadual yang menghubungkan kedua-dua bandar ini.

Malayan Airways Limited (MAL) telah ditubuhkan namun perkhidmatan berbayar untuk penumpang yang pertama sekali hanya dapat diperkenalkan 10 tahun kemudiannya pada 2 Februari 1947 dan penerbangan sulung yang hanya membawa 5 orang penumpang ini adalah untuk ke Kuala Lumpur, bukan Pulau Pinang.

Dalam tahun yang sama, MAL meluaskan operasi penerbangannya ke Jakarta, Medan, Palembang dan Saigon daripada hub utamanya di Singapura.

Pada tahun 1957, syarikat penerbangan ini dijadikan syarikat milik kerajaan. Dengan ketibaan pesawat Bristol Britannia yang mampu membawa 84 penumpang pada tahun 1960, syarikat penerbangan ini memulakan operasi jarak jauh pertamanya ke Hong Kong.

Apabila negara Malaysia ditubuhkan, nama syarikat ini ditukar kepada Malaysian Airways Limited pada November 1963.

Kemudian, apabila Singapura berpisah daripada Kesatuan Malaysia pada 9 Ogos 1965, kerajaan Malaysia dan Singapura mengambil alih saham majoriti daripada BOAC dan pemegang saham yang lain dan syarikat ini bertukar nama menjadi Malaysia-Singapore Airlines.

Selepas 20 tahun memulakan operasinya, syarikat ini telah menggunakan pelbagai jenis pesawat seperti Comet IV, enam Fokker F27, lapan Douglas DC-3 dan dua Twin Pioneers dan mempunyai tenaga kerja seramai 2,400 orang.

Pada 3 April 1971, syarikat penerbangan ini dibahagikan kepada dua syarikat, iaitu Singapore Airlines dan Malaysia Airlines Systems (MAS).

Menjelang tahun 1972, MAS telah meluaskan operasi kepada lebih 34 destinasi domestik dan enam destinasi antarabangsa.

Pada 15 Oktober 1987, nama perdangangan syarikat ini ditukar kepada Malaysia Airlines.

Malangnya kini Singapore Airlines terus berkembang tapi Malaysia Airlines System jatuh terkangkang.. kenapa?

Laporan berkaitan..

SEPANG 1 Jun - Penerbangan Malaysia (MAS) telah menghantar surat penamatan perkhidmatan kepada 20,000 kakitangannya pada Isnin dan daripada jumlah itu kontrak 6,000 pekerja akan ditamatkan manakala 14,000 lagi ditawarkan bekerja dengan syarikat baharu Malaysia Airlines Bhd group (MAS Bhd). 
MAS akan kekal sebagai syarikat penerbangan perkhidmatan penuh dan bukan sebagai syarikat penerbangan serantau. Ia juga akan mengekalkan semua laluan domestiknya.

MAS Bhd akan dibahagikan kepada tiga divisyen iaitu operasi, fungsi sokongan dan pembangunan dan pelajaran menerusi 12 anak syarikat.
 
Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Christoph Mueller dalam taklimat pada Isnin berkata, divisyen operasi turut membabitkan MAS Wings, Firefly dan MAS Kargo. 
Di bawah divisyen fungsi sokongan, terdapat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih, MAS Holiday dan Enrich. 
Bagi divisyen pembangunan dan pembelajaran, ia melibatkan Akademi Penerbangan Malaysia, latihan kejuruteraan, latihan penerbangan dan laithan operasi. 
MAS Bhd mencatatkan jualan sejuta tiket penerbangan setakat ini. 
Di bawah tiga fasa pemulihan syarikat penerbangan itu, peringkat pertama akan mulai 2015 sehingga 2017/2018 dengan perkembangan dijangka bermula pada 2017/2018 ~ RakyatNews

Pakej yang ditawarkan kepada pekerja menurut Utusan..

KUALA LUMPUR 28 Mei - SERAMAI 4,500 kakitangan Malaysia Airlines (MAS) ba­kal meninggalkan syarikat itu pada 31 Ogos, dan kira-kira 1,500 lagi secara berperingkat-peringkat mengikut tempoh tamat kontrak masing-masing. 
Semua mereka akan mene­rima surat penamatan kerja pada 1 Jun ini beserta pakej pampasan pada 1 Jun ini. Pekerja yang menerima surat tawaran kerja akan me­nyambung kerjaya mereka di Malaysia Airlines Bhd. (MAB). 
Menurut surat pe­keliling yang ditandatangani Ketua Pe­­gawai Eksekutif MAS, Christoph Mueller, notis pemberitahuan mengenai pakej berkenaan telah dihantar kepada seluruh pekerjanya pa­da 26 Mei lalu. 
Pakej pampasan yang disediakan untuk kakitangan MAS adalah berlandaskan prinsip keadilan dan keprihatinan terhadap kebajikan kakitangan seperti digariskan dalam Pelan Pemulihan MAS. 
Menurut sumber terdekat, ia termasuk faedah perubatan selama 12 bulan di samping bayaran khas tambahan kepada golongan memerlukan bantuan lebih seperti kakitangan orang kurang upaya (OKU) yang tidak mendapat tawaran pekerjaan bersama MAB. 
Selain pakej itu ujarnya, Pusat Pembangunan Korporat (CDC) telah ditubuhkan untuk menyediakan perkhidmatan latihan serta bantuan mendapatkan pekerjaan baharu secara percuma buat kakitangan yang akan meninggalkan MAS. 
“Kesemua ini di­sediakan bukan disebabkan tekanan dari mana-mana pi­hak, tapi atas dasar kemanusiaan. 
“Pakej ini memperlihatkan penghargaan syarikat terhadap sumbangan kakitangan yang terlibat membina MAS sebagai ikon kebangsaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 
CDC berperanan sebagai pusat latihan selain dapat membantu mereka terlibat untuk merancang kerjaya bagi fasa seterusnya. 
Antara intipati pakej tersebut adalah pembayaran asas yang akan diberi kepada semua pekerja MAS berdasarkan tempoh perkhid­matan didarab dengan kumpulan gred masing-masing. 
Selain bayaran asas itu, kakitangan yang tidak menerima surat tawaran ke MAB akan diberi pembayaran Ex-Gratia dengan jumlah berbeza. 
Bagi mereka yang berkhidmat sehingga 10 tahun akan menerima satu bulan gaji asas untuk setiap tahun perkhidmatan. 
Kakitangan yang bekerja lebih 10 tahun manakala menerima satu bulan setengah gaji asas bagi setiap tahun perkhidmatannya. 
Pekerja yang sedang mempunyai kontrak pekerjaan jangka tetap tidak layak bagi pembayaran Ex-Gratia. Kakitangan pengurusan kanan syarikat termasuk Naib Presiden dan yang lebih tinggi adalah tertakluk kepada pakej pampasan berbeza. 
Pekerja MAS yang tidak ditawarkan jawatan kekal di MAB akan terus menerima faedah perubatan bagi tempoh 12 bulan dari tarikh mereka keluar atau sehingga mereka mendapat pekerjaan baharu, yang mana lebih awal.



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails