Tuesday, June 9, 2015

Letak Jawatan: Selepas Mujahid, Salleh Man akan turut letak?


Keputusan Mujahid ini dilakukan selepas bekas timbalan presiden PAS, Mohamad mengatakan akan meletakkan jawatan sebagai lembaga pengarah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) yang dipengerusikan Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Penang International Halal Hub (PIHH).

Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu juga menyindir kepimpinan PAS dan usul memutusan hubungan dengan DAP, mengatakan parti Islam itu "lebih kuat" apabila berseorangan.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu memberitahu The Malaysian Insider, beliau akan meletakkan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah Yayasan Islam Pulau Pinang dan Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (Kitab).

"Ya. Saya akan meletakkan jawatan sebagai lembaga pengarah Yayasan Islam dan lembaga pengarah kolej di bawah MAIPP dengan serta merta," kata Mujahid. 
Katanya, peletakan jawatan itu sebagai menghormati usul dikemukakan Dewan Ulama PAS. 
"Tidak kira bagaimanapun usul itu ditafsirkan, untuk berlaku adil, semua jawatan kerajaan yang dilantik parti harus dilepaskan secara serta-merta, termasuk di Selangor. 
"Saya seorang lelaki bermaruah, saya menghormati keputusan perwakilan," kata Mujahid.

Kata Bekas ahli jawatankuasa PAS pusat, Mohamed Hanipa Maidin pula, kepimpinan baharu parti Islam itu perlu mengotakan janji mereka sebelum muktamar bagi mengelak ia dilihat sebagai satu gimik dan memalukan kepimpinan parti.

“Mereka sewajarnya membawa PAS keluar daripada PR kerana visi dan misi yang mereka perjuangkan tidak selaras dengan misi dan visi PR. 
“Jika mereka sebaliknya terus ingin menjaga kepentingan PAS di Selangor dan dalam masa yang sama cuba mempertahankan prinsip perjuangan dan reda Allah, ia menampakkan mereka tidak ikhlas dan tidak konsisten. 
“Dengan lain perkataan, mereka mungkin akan dituduh hipokrit,” 
Hanipa mendakwa, slogan "keredaan Allah" mempengaruhi ahli PAS dan perwakilan sehingga mereka boleh dikatakan hilang kerasionalan dalam berfikir dan bertindak. 
Katanya, disebabkan perkara itu, keputusan muktamar memihak kepada golongan agamawan dan mengenepikan sama sekali tokoh dari golongan progresif dalam PAS. 
"Slogan itu juga mempromosi tema berikut, iaitu kemenangan dalam pilihan raya bukan segala-galanya. 
"Yang penting adalah keredaan Allah. Apa guna PAS melalui PR dapat menawan Putrajaya jika Islam tidak dapat ditegakkan." 

Bagaimana pula dengan satu-satunya ADUN PAS di Pulau Pinang, Salleh Man yang memegang beberapa jawatan penting dalam GLC milik Kerajaan Negeri?

Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Salleh Man tidak dapat memberi jawapan sama ada akan mencontohi bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu melepaskan jawatan dalam kerajaan negeri pada masa ini.  
Dalam jawapannya melalui pesanan ringkas (SMS), beliau yang juga Adun Permatang Pasir berkata, beliau kini berada di tanah suci. 
"Saya di tanah suci dan sedang mengerjakan umrah," katanya sebagai menjawab pertanyaan Sinar Harian.

Bersamalah kita nantikan.. adakah beliau akan menghormati keputusan perwakilan sebagaimana yang dilakukan oleh Mujahid dan Mat Sabu itu.....


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails