Friday, June 19, 2015

Kru MT Orkim Harmony selamat, perampas dah lari


Semua kru kapal MT Orkim Harmony dibebaskan kira-kira 2.30 pagi tadi, menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) seperti dilapor Bernama.

Seorang daripada mereka dilaporkan cedera ringan.

Ia turut memetik panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai berkata perampas kapal tangki yang sarat dengan minyak petrol RON95 itu melarikan diri menaiki bot penyelamat kapal itu. 

TLDM juga berkata krew kapal akan diiring ke Pelabuhan Kuantan dan dijangka tiba pukul 2 pagi esok.

Sebelum itu, Orkim Harmony yang dicat semula dan ditutup namanya oleh perampas dilaporkan belayar ke timur Indonesia menuju Kepulauan Natuna dalam cubaan perampas melepaskan diri. 

Panglima Wilayah Laut 1 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Muda Datuk Azahari Abdul Rashid memberitahu Bernama, perampas juga merayu disediakan bot ketika sampai di Pulau Natuna.

"Proses rundingan masih berjalan...apabila sampai di Pulau Natuna, mereka (perampas kapal) meminta disediakan sebuah bot untuk mereka melepaskan diri, sementara pihak TLDM masih mengiringi kapal tangki itu ke sana," katanya semalam


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails