Saturday, June 13, 2015

Kerana Najib, TMJ pun masuk campur politik kata Mahathir


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, kerabat diraja tidak sepatutnya mengulas mengenai isu politik.

Bagaimanapun, kata Dr Mahathir disebabkan cara pengurusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke atas 1Malaysia Developmen Berhad (1MDB) dilihat menjengkelkan, ia menyebabkan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berbuat demikian.

"Dia (Tunku Ismail) tidak sepatutnya membuat apa-apa komen tentang politik tetapi kadang-kala apabila terdapat perkara yang menjengkelkan, kita perlu menegur sedikit," katanya pada sidang media.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tunku Ismail awal bulan ini berhubung ketidakhadiran Najib dalam program dialog Nothing2Hide.

Menurut Tunku Ismail, orang yang ingin menyembunyikan segala-galanya tentu sekali tidak akan muncul.

Tunku Ismail menjadi kerabat pertama menyatakan perasaan tidak senang secara terbuka dalam isu itu, sekali gus dilihat tamparan hebat kepada pentadbiran Najib yang tidak berhenti diasak dalam isu 1MDB lapor Malaysiakini


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails