Sunday, June 14, 2015

Kerajaan negeri Pulau Pinang hentikan perkhidmatan Pegawai Penerangan ahli PAS


Kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengeluarkan surat pemberhentian kerja kepada anggota Pas yang dilantik berkhidmat di negeri itu.

Notis pemberhentian ditanda tangan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus dan salinannya telah dihantar kepada Setiausaha Sulit kepada Ketua Menteri Pulau Pinang.

Salah seorang ahli Pas, Fadzil Kemi yang berkhidmat sebagai Pegawai Penerangan Gred S41, antara mereka yang telah menerima surat itu.

“Dimaklumkan bahawa kerajaan negeri telah memutuskan untuk memberi notis pemberhentian perkhidmatan tuan sebagai Pegawai Penerangan Gred S41 dengan serta merta berkuatkuasa 12 Jun 2015 dengan bayaran satu bulan gaji menggantikan notis selaras dengan fasal 9, perjanjian kontrak yang ditandatangan tuan pada 12 Disember 2014,” petik isi kandungan surat berkenaan.

Sebelum ini, Ketua Menteri Lim Guan Eng telah meminta kepimpinan baru Pas mengarahkan semua ahlinya meletak jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Ia susulan penerimaan usul tanpa bahas pada Muktamar Pas ke-61 yang bersetuju memutuskan hubungan kerjasama politik dengan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) lapor Free Malaysia Today

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails