Monday, June 22, 2015

Kenapa struktur haram logo UMNO dirobohkan MBPP?


Menurut Ahli Majlis MBPP, pembinaan struktur logo itu adalah haram kerana ia dibina tanpa mendapat sebarang permit daripada pihak berkuasa tempatan.

Bahagian Pelesenan Unit Iklan memberi notis secara lisan kepada tuan punya bangunan untuk memberhentikan segala kerja di tempat itu.

Keesokannya didapati struktur logo itu telah siap dinaikkan, pada hari sama Jabatan Bangunan telah mengeluarkan notis serta-merta untuk menurunkan struktur itu.

Hmm.. dah diberikan notis rupanya.. tapi buat tak endah.. bila kena roboh pakat mengelupur riuh rendah..

Ingatkan dah lama ada.. rupa-rupanya baru dibina..

Nak buat apa sekalipun ikutlah undang-undang.. jangan ikut kepala hotak hangpa saja..

Laporan berkaitan..

GEORGETOWN - Tindakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) merobohkan struktur logo Umno di Menara Umno Negeri di Jalan Macalister di sini Jumaat lepas adalah mengikut undang-undang, kata MBPP. 
Anggota Majlis MBPP, Ong Ah Teong berkata, pembinaan struktur logo itu adalah haram kerana ia dibina tanpa mendapat sebarang permit daripada pihak berkuasa tempatan. 
"Saya telah menerima panggilan Khamis lepas yang mengadu wujud satu struktur haram di tempat itu. Pada Khamis petang saya pergi ke tempat itu dan mendapati memang ada satu struktur haram tanpa permit. 
"Saya telah memanggil Bahagian Pelesenan Unit Iklan memberi notis secara lisan kepada tuan punya bangunan untuk memberhentikan segala kerja di tempat itu. 
Keesokannya kami dapati struktur logo itu telah siap dinaikkan. Pada hari sama Jabatan Bangunan telah mengeluarkan notis serta-merta untuk menurunkan struktur itu. 
"Mereka (jabatan bangunan) ke sana untuk menurunkan struktur itu. Berlaku sedikit kekecohan di situ. Diharapkan pihak UMNO tidak mempolitikkan isu ini. 
Kami di pihak MBPP hanya membuat kerja mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Penguatkuasa MBPP pada Jumaat lepas cuba meroboh struktur tulisan Umno di depan bangunan parti itu di Jalan Macalister, namun berjaya dihalang anggota parti berkenaan. 
Ong yang juga Anggota Jawatankuasa Tetap MBPP berkata sebarang pembinaan struktur di negeri ini perlu mendapat permit terlebih dahulu. 
Katanya beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Datuk Bandar MBPP, Datuk Patahiyah Ismail yang turut mengarahkan tindakan diambil mengikut prosedur undang-undang. 
"Kita telah menurunkan 290 stand alone board di negeri ini. Sesiapa yang menyalahi undang-undang akan diambil tindakan," katanya.  
Ditanya mengenai kenyataan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman bahawa MBPP seharusnya memberi notis selama 30 hari untuk membuat sebarang tindakan, Ong berkata MBPP boleh mengeluarkan notis serta merta untuk pemunya menurunkan struktur itu. 
“Umno Pulau Pinang perlu menurunkan struktur itu terlebih dahulu dan membuat permohonan untuk mendirikan struktur logo berkenaan,” katanya. 
Justeru itu, beliau berkata pihaknya mengeluarkan notis kepada Umno Pulau Pinang untuk menurunkan struktur itu dalam tempoh seminggu bermula hari ini lapor Sinar Harian



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails