Tuesday, June 2, 2015

Idris Jusoh sahkan Nazri Aziz bohong.. Najib beri kata dua kepada Kabinet katanya


Semalam Menteri Kanan Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dilapor telah menafikan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah memberi kata dua kepada anggota kabinet berhubung isu 1MDB.

Beliau berkata suasana mesyuarat kabinet itu juga tidak tegang, Perdana Menteri hanya memberitahu mereka tentang perlunya mereka bersama dan apa juga keputusan mestilah dalam satu suara.

 Perdana menteri, katanya, menegaskan sekiranya ada menteri yang tidak selesa dengan isu 1MDB, mereka boleh menghantar surat (peletakan jawatan) dan beliau memahaminya.

Tapi hari ini.. Datuk Seri Idris Jusoh mengesahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi kata dua kepada anggota Kabinet yang tidak bersamanya dalam usaha memulihkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya meletak jawatan.

Hmm.. bohong tak habis-habis pemimpin UMNO ni.. bilalah nak insaf agaknya?

Laporan berkaitan...

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Idris Jusoh mengesahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi kata dua kepada anggota Kabinet yang tidak bersamanya dalam usaha memulihkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya meletak jawatan.

Menteri Pendidikan II itu berkata, Najib memberi kata dua itu dalam Mesyuarat Kabinet pada Jumaat lalu, seperti yang telah dilaporkan media.

Idris berkata, beliau telah menyatakan sokongan terhadap Najib bagi memulihkan 1MDB yang dikecam hebat ekoran masalah aliran tunai yang dihadapi syarikat pelaburan milik negara.

“Saya hadir pada mesyuarat kabinet itu. Sebagai ahli Kabinet kita akur dengan keputusan yang dibuat,” katanya ringkas selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2015, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada Selasa.

Sebelum ini, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Najib menyatakan pendirian tegasnya itu sebaik sahaja Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah selesai membentangkan pelan hala tuju 1MDB kepada semua anggota Kabinet.

Akhbar itu yang memetik sumber berkata, Najib telah meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengan beliau dalam isu 1MDB supaya meletak jawatan tetapi tiada seorang pun Menteri Kabinet yang menyatakan tidak bersamanya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum ini lantang mengkritik 1MDB tidak hadir mesyuarat itu kerana berada di luar negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga tidak hadir lapor Free Malaysia Today


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails