Friday, June 5, 2015

Dr M datang tidak dijemput?.. Penganjur #Nothing2Hide kantoi menipu..


Apa motif penganjur mengatakan kononnya Tun Mahathir tidak dijemput ke Majlis #Nothing2Hide: Dialog PM bersama NGO ini entahlah.. mungkin sebab dia takut kena marah dengan Najib kot..

Kata Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (Sukaguam), Datuk Khairul Anwar Rahmat. Bekas Perdana Menteri itu hadir ke majlis #Nothing2Hide:

"Dialog PM bersama NGO" tanpa sebarang undangan daripada pihak penganjur.

"Beliau hadir kerana sudah tersebar di media sosial bahawa beliau akan hadir, jadi Dr Mahathir membuat keputusan untuk hadir.

"Pihak penganjur tidak memberikan undangan untuk beliau," katanya dalam satu sidang media selepas program itu dibatalkan.

Cubaannya jelas untuk menggambarkan kononnya Tun tidak dijemput.. apa saja tindakan Tun dalam majlis itu tak ada kena mengena dengan dia.. kononnya lah..

Tapi tindakannya itu terbukti satu pembohongan semata-mata..

Jika dikatakan Tun tidak dijemput ke majlis itu kenapa Tun dibenarkan memberikan ucapan?

Paling menarik ialah Tun dikatakan tidak dijemput tapi telah disediakan satu kerusi khas buat Tun dalam najlis tersebut..

Salah seorang dari AJK Sukaguam sendiri yang telah memaklumkannya melalui Instagram sejak dari semalam..

Ni dari Twitter..


Ni pulak dari Instagram..


Tak nampak?.. tengok yang kat bawah ni.. baca betul-betul nama tu..


Nak bohong pun.. tanya kawan-kawan sendiri dululah.. sekarang kan dah kantoi..


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails