Friday, June 19, 2015

Cubaan Ahmad Maslan perbodohkan rakyat dikantoikan Bank Negara..


Kini jelas kepada semua, apa yang Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan gunakan sebagai alasan untuk menjelaskan sebab nilai ringgit jatuh hanyalah satu lagi alasan bodoh darinya untuk memperbodohkan rakyat..

Ahad lalu Ahmad Maslan dengan menggunakan nama Gabenor Bank Negara untuk menyakinkan rakyat dilaporkan akhbar Mingguan Malaysia sebagai berkata

“Seperti mana yang dinyatakan oleh Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Aziz, ekonomi negara masih berada pada asas-asas yang betul berdasarkan pada rizab yang kukuh, ekonomi berkembang de¬ngan positif, inflasi terkawal dan kadar pengangguran yang rendah.

“Namun isu serangan yang dilakukan oleh Dr Mahatir ditambah dengan sokongan pihak tertentu turut dikatakan menjadi faktor kepada penyusutan ringgit ketika ini,”

“Rakyat akhirnya akan tahu apa yang dilakukan oleh bekas perdana menteri tidak membawa sebarang kebaikan sebaliknya menjatuhkan imej dan maruah negara di mata dunia,”

“Jika keadaan itu berlaku, keadaan ekonomi negara bertambah sukar, biarpun pada dasarnya ia tidak akan berlaku dengan adanya asas ekonomi yang kukuh, namun dibimbangi perkara itu tidak dapat dielakkan,” katanya kepada akhbar milik UMNO itu..

Bagaimanapun cubaan memperbodohkan rakyat oleh Ahmad Maslan itu kantoi hari ini bilamana Bank Negara menafikan kenyataan Ahmad Maslan itu..

Bank Negara Malaysia (BNM) menegaskan situasi ringgit Malaysia sekarang adalah disebabkan kesan pembangunan ekonomi global dan domestik, menyangkal dakwaan menuduh kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai antara faktor matawang itu susut. 
Dalam satu kenyataan, BNM menegaskan ia neutral politik dan "tidak akan terlibat dengan agenda politik". 
"Perkembangan global termasuklah jangkaan pelabur berkaitan polisi kewangan bank utama dan kecenderungan trend harga minyak mentah dan gas. 
"Faktor domestik termasuk kebimbangan entiti berkaitan kerajaan dan isu membabitkan rating," kata BNM, dalam satu kenyataan. 
BNM berkata, ketidaktentutan dalam beberapa isu tersebut menyumbang kepada kedudukan kewangan negara. 
"Faktor luaran di luar kawalan mana-mana ekonomi pasaran terbuka, usaha perlu digembleng untuk menyelesaikan isu domestik yang melibatkan ekonomi kita. 
"Sebaik sahaja isu ini diselesaikan, prestasi matawang dijangka konsisten dengan prinsip asas ekonomi dan prospek perkembangannya," katanya. 
Kenyataaan bertajuk "Salah Lapor terhadap Ringgit" itu dilihat mengkritik dakwaan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang mendakwa BNM menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tiga faktor utama penurunan nilai ringgit. 
Ringgit berada di kedudukan lemah berbanding dolar AS dengan 1.29% didagangkan pada 3.7090 semalam. Sehingga hari ini, ringgit semakin lemah dengan penyusutan sebanyak 6.08%. 
BNM berkata, ia akan kekal fokus debgan peranannya mengekalkan kestabilan kewangan bagi menyokong kestabilan ekonomi.

Ahmad Maslan oiiiii!! Bodoh tu simpanlah sikit.. jangan tunjukkan semua..


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails