Sunday, June 21, 2015

Bekas aktivis Pemuda PAS sertai DAP


Ditengah-tengah hubungan DAP dan PAS yang semakin meruncing, seorang aktivis parti Islam itu dan seorang aktivis reformasi menyertai parti sekular itu.

Bekas pemimpin pemuda PAS Johor Sheikh Omar Ali dan aktivis reformasi Norazimah Mohamad Noor kini secara rasmi ahli DAP.

Sheikh dan Morazimah menyerahkan borang keahlian mereka kepada penasihat DAP Lim Kit Siang dalam satu majlis berbuka puasa di Kluang Johor semalam.

Sasterawan Negara A Samad Said, yang menyertai DAP Sabtu lalu, dan MP Kluang Liew Chin Tong turut hadir dalam majlis itu.

Sheikh menjelaskan bahawa beliau mengambil keputusan menyertai DAP kerana senario politik yang kian parah di negara ini lapor Malaysiakini


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails